Cikidong’s Dictionary
Cikidong’s Dictionary
Oct 05
Cikidong saya dah pandai berkata-kata… berikut adalah antara perkataan² yang sering disebut:
1. “Dhabb” – meaning sedap
Situasi : ketika sedang minum sebotol vitagen atau makan biskut, dia akan sebut “Dhabb” berulang kali sambil menganggukkan kepala berulang kali dan berpusing keliling rumah. Sesekali dia akan suakan apa yg dipegangnya kepada kita..sib baik puasa..
2. “Mamma” – meaning Mama
Situasi : apabila nampak Mama dia atau ketika memberikan sesuatu kepada Mama dia, atau apabila disuruh panggil Mama.
3. “Mammaaa… Allikk” – meaning Mama balik
Situasi : Apabila di bawa ke tingkap dan melihat Mama sedang berusaha parking kereta, dia akan sebut “Mammaaa… Allikk”.
4. “Buwwwahh” – meaning Buah
Situasi : Apabila ternampak buah seperti limau, epal atau benda yang seakan² buah, dia akan sebut “Buwwwahh”. Termasuklah juga, bawang, kentang, kobis lobak merah. Hmmm
5. “Nen- nekkk” – meaning Nenek
Situasi : Apabila di tanya mana nenek, dia akan sebut “Nen-nekkk”
6. “Nan- naaA!” – meaning Banana
Situasi : Apabila ternampak pisang, Mama akan sebut banana, dan dia akan sebut “Nan-naaA!”. kalo jupe abang ‘Pisang’ aku tatau lah dia sebut apa.. wakkakakakaka
7. “Tott” – meaning kentut
Situasi : Apabila dia terkentut atau terdengar ayah dia kentut. Sambil memandang muka kita dan tersenyum dia akan sebut “Tott”.
8. “Pahh…Pahh” – meaning lori kecil, lori besar, bas, bajak dan sebagainya.
Situasi : Ketika diatas motor atau dalam kereta, jika ternampak lori,bas @ bajak, dia akan sebut “Pahh…Pahhh” sambil menuding jarinya yg gemuk itu… kiikikiki
9. “Pah” – meaning Kipas
Situasi : Ketika ternampak kipas dinding atau kipas berdiri tu, dia akan sebut “Pah” sambil tujunk ke arah kipas. Teringat plak citer P.Ramlee (“Butang baju aku manaa Paaahhh”)
10. “Take!” – Kek
Situasi : Apabila melihat kek, kuih roti dan apa sahaja makanan yang kelihatan seperti kek, dia akan menunjukkan ke arah “Take!”. Maknanya dia nak makan la tuuuuu….kalao tak bagi..dia kan menjerit…. “Aaaaaahhhh” dan gelabahlah sesiapa yang berada berdekatan dengannya tak kiralah dalam kedai kek atau di rumah.
11. “Toow” – meaning Motor
Situasi : Dia akan sebut “Toow” sambil tunjuk ke arah motor jika ada motor lalu lalang atau motor kat tepi. Sesekali dia akan sebut “Nennn… nennnn. nennnn…” (bunyik motor). Dia juga akan terbahak² ketawa kalo aku sebut “Saya menang Motooooo”. Kakakaakakakaaa
12. “Weuuuuuuwiiieeeeeeeeeeeee” (lebih kurang 16- 20 harkat) – meaning Kucing
Situasi : Apabila ternampak kucing, dia bunyik la camtu lebih kurang….
13.“Aaa-yie” – meaning Air
Situasi : Bila dia nak minum atau main air masa mandi
14. “Bar”- meaning Gambar
Situasi : Apabila ternampak gambar dalam album atau gambar mak ayah dia yang digantung di dinding.
15.“Ellooooow”- meaning Hello
Situasi : Ketika sedang memegang henpon sambil letak kat telinga dia, dia akan sebut “Elloooow” dan kadang² suruh kita dail nombor supaya dia dapat dengar orang bercakap kat telepon tu.
Rasa-rasanya itu je la antara perkataan² yang dia sebut dan aku ingat buat masa ni. Cuma yang tak bestnye, dia masih tak panggil lagi “Ayah” kat aku… apa² pun dia panggil “Mama”. Yelah…. Mama dia yang melahirkan…