Postpone

Postpone

Jan 17

Hai.. lama tak menaip ni… macam² perkara berlaku lately, buat masa ni Alhamdulillah beban kerja agak berkurangan.. minggu lepas plan nak balik Johor, dah amat bersemangat sebab cuti pun approve, workload kurang skit sebab dah lepas Phase 1. Tetapi pelamin anganku musnah sebab petang hari nak balik tu, orang kampung telepon kata takyah balik la.. hujan lebat… takut banjir nanti susah.. memang betul pun, tengok info kat Web jabatan kajicuaca, Red Alert – hujan lebat dijangka berterusan. Maka dengan dukacitanya terpaksala dok umah… So lepas reda hujan nanti, nak balik cuti panjang la skit dok ngan orang tua… Untuk melepaskan kehampaan, esoknya seharian gi window shopping kat mid valley, bawak cikidong jalan² & bawak jumpa untie² dia yg vogue tuh.. hihihi… makan kat dominoes pizza.. sedap tul rasa mcm tak cukup.. hehehe.. then esoknya kami plan pi umah pakcik aku yg dok semenyih… nak lepaskan rindu kat bapak sendiri tak dapat.. pi umah pakcik pun jadik la… duduk la kejap bual² sebab lama x jumpa… cikidong langsung xmau ikutt kat orang hihiihi… bapa borek anak rintik la… Hari Isnin sepatutnya aku cuti, tapi cancel cuti tu sbb malas nk cuti…dok opis so leh ganti cuti tu kalo nk balik kampung lepas banjir surut nanti…


Haritu ada pegi Putrajaya sebab kena pi sana buat technical review, aku tak involve pun utk kes ni, tapi atas kehendak bos, apa salahnya… sepanjang buat keje ni, ni la kali pertama aku p sana tengok proses² yang kena buat, exposure utk aku tu.. topup skit experience… kagum la dengan keindahan opis² gomen ni.. besar, setiap org ada partition, tapi….. smuer dok bersembang… wah… produktif sungguh mereka… pukul 12.30 dah kluar p makan… malah masa aku sampai situ dlam pukul 11.30 pun dah berderet awek² gomen jalan g alamanda mcm itik beratur nak kluar duit kat ATM. Pastu kul 4 plak, dah ada yang balik, sebab terdengar bisikan² suruh cover line kalau dia balik… pergh… gomen… golongan² mcm ni yg buat aku marah sebab skang ni sibuk bising² mintak revised gaji… dah le dapat mcm² alowance… alasan semua barang naik… taraf hidup meningkat semua… kami yang kerja private ni gak yang jadik mangsa… bayar itu dan ini… tanpa merasa faedah yang derang dapat… takpela.. nasib baik semua akan kena timbang kilo nanti.. ehhehehe… bersabarlah menerima segala² dengan redha…

Budak² skolah lama plak ada bagi invitation pi Genting on 11 & 12 feb nanti. Memang menarik… sebab aku tak pnah sampai genting lagi.. ada sekali je aku terlajak jalan terus naik genting tu tapi aku pusing balik kat roundabout tu sebab tak plan nak ke sana pun.. lagipun sorang². Aku tak reply lagi jawapan kat derang nak join ke dak..sbb keje aku ni tak menentu..tetiba kang kena keje 24 jam.. mcm mana… aku gak yg susah… tapi tgk keadaan kang mcm mana…

Disebabkan sekarang boleh balik awal… memang seronok… dapat smpi umah awal..dpt main² ngan cikidong.. dapat tgk tv yg dah lama aku terlupa chanel tu hiihihhi… Tapi Cikidong la aku rasa orang yang paling bahagia sebab dia ni memang rapat ngan aku… kalo aku ilang kejap je..mula la dia bising.. “ayyahh!! ayyahh!! ayyahh…. ayyah je! ( ayah keje) ” then nangis.. bila aku muncul balik… tersengih dia… itulah cikidong yang sejak kecik rapat ngan aku… nak bagi kawan… lum buleh agi… hihiih kewangan lom mengizinkan.. tunggulah lepas pindah umah sendiri… ingat nak sambar aprilia sejibik… aminnnnnnnnnnnnnnnnnn……

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply