Jusco OU

Jusco OU

Jul 04

kiri..kanan.. kiri.. kanan.. kiri.. kanan..

Berada di hujung minggu di awal bulan memang rasa segar macam lepas mandi… sebab poket penuh lagi dan sesuai untuk bershopping. Masa tengah penuh poket ni la kena cepat2 beli barang keperluan dapur sebelum nafsu membeli barang yang tak keperluan menguasai diri.

Destinasi yang dituju ialah Jusco One Utama sebab dekat dengan rumah.  Sejak dari bujang sampai sekarang memang di sinilah tempat untuk makan dan membeli belah sampai poket terbelah. Lagipun Mama Cikidong mmg ada share :D Senang citer Segalanya Bermula Di Sini!!

Terjumpa sesuatu yag menarik

Mula-mula ke bahagian pakaian kanak-kanak kat level 2 untuk cari t-shirt putih Cikidong. Ada event sempena World Cup kat tadika Cikidong. Tah cemana terbeli jugak t-shirt yang tak putih 2-3 helai.. kih kih kih kih…Lepas tu naik atas pulak, carik water colour untuk Cikidong. Dah ada macam2 bentuk dan rupe serta jenis rupenya… last skali guna water colour masa skolah menengah lebih kurang 20 tahun lepas.. begitu tuanya apak Cikidong.. nasib baik masih kacak dan seksi.. Tengah mencari tu jumpa plak key chain yang ada nama Cikidong.. zasss!! kena beli..

Lepas tu dah beli semua barang Cikidong, cepat2 kami turun ke supermarket untuk beli barang dapur pulak sebelum orang ramaii…. penat jugak nak menuju ke supermarket dia…

oh mak oh apak... penat woooo

Lepas capai troli, sumbat Cikidong kat dalam supaya mudah nak melilau cari barang. Gini le Cikidong bila dapat duduk dalam troli..

Teruja dengan list barang kekekeke

Apak Cikidong tak pandai membeli-belah sayur langsung ni wpun list kat tangan.. memang sayur tul apak Cikidong ni… Masa tunggu Mama tengah membelek-belek sayur, Cikidong ngan apak Cikidong bersukaria dulu..

tolong promote sayur

Kebetulan tempat kami berdiri ada satu gelung untuk plastik sayur tu dah abih.. apalaga… tolong promote! Sayur!!  sayurr!! kalo laku, masuk share Mama jugok.. hahahaha..

boring gile dgr lagu ni..

Lepas selesai pilih sayur, Mama unggah pulak kami ke bahagian ikan dan daging. Sesiapa yang pergi bahagian ni mesti akan nampak satu bahagian yang ada ikan import. Bila lalu kat bahagian ni mesti akan dengar lagu jepun… “Ana ta tata tata na……. ta ta naa naa na taa naaa.. “ ulang2 lagu ni berbunyik… bukan sehari tapi dah bertahun2 lagu ni ada.. radio tu pun sama je rasanya .. ekekekkeke 

“Ana ta tata tata na……. ta ta naa naa na taa naaa.. ” boring Cikidong dok sini wpun baru 5 minit.. apak Cikidong lagi plak la dah dengar baper tahun.. tak terbayang org yang keje kat bahagian ni.. Mama kata lagu ni memang lagu kompeni yang supply ikan-ikan ni.. “Ana ta tata tata na……. ta ta naa naa na taa naaa.. “

Jusco One Utama
Related Posts with Thumbnails

15 comments

  1. Hidayah

    Gi shopping sayur pun cikidong boleh enjoy yer.. best best

    Latest Entry:Forget Tarbush, let’s go to the Satay Bar

    [Reply]

    cikidong Reply:

    budak2 mana tau apa2.. cam apak dia gak taktau apa-apa keekkekek

    [Reply]

    jerry nizam Reply:

    apak dia bukan tak tau aper2 (eleh!! kunun2 cam suci & polos r.. :P ) tapi bapak dia buat2 tak taujer … hahahahha

    [Reply]

  2. Linda

    Hehe…penuhnya hari. Lebih kurang sama je aktibit iaitu mengkayakan orang lain…hehehe..semalam gi shopping perabot kat IKEA dengan Enche Chef…hehehe..kalau nak gi grocer, suka gi Jaya grocer…biasanya shop untuk business enche Chef…

    [Reply]

    cikidong Reply:

    apak Cikidong ada g jugak ikea on saturday night, beli hadiah untuk pengantin baru… enche chef ada bisnes apa….. mee bandung ker :D

    [Reply]

  3. Linda

    Aisey…mee bandung masih dalam proses R&D…hehehe. Enche Chef sekarang cater for small parties mainly western food.Nak cuba?

    [Reply]

    cikidong Reply:

    western food yg apak cikidong tau hanyalah ciken chop… boleh je nk try.. xde masalah… :D

    [Reply]

  4. jerry nizam

    weeked aku adalah masa membeli baju raya …..tailor dah nak tutup wooooo… heheheheheh :)

    [Reply]

    cikidong Reply:

    gile la ko ni.. puasa ganti x abih lagi dah sibukl nk raya.. :D

    [Reply]

    jerry nizam Reply:

    ko mana tau aku ganti x abis agi… baik aku giler skg…be4 aku giler masa raya kalau bj x siap…hahahahahhah

    [Reply]

    cikidong Reply:

    ahahahahah dasar shopaholic!

    [Reply]

  5. tak singgah makan2 kat new york2 ker? :P

    [Reply]

    cikidong Reply:

    x pergi la papabear… dahle penuh troli.. tunggu papaear banje lah!

    [Reply]

  6. salzahari

    ooh..same laah..tapi kami ke Jusco MV. Huhh, tak dan nak tawaf lama2 sbb si Aliah dah mengantuk! potong stim ibu dia betul laa…baru cdg nak ronda masuk kedai2 yg tade kat OU dan Kepong.

    [Reply]

    cikidong Reply:

    tak sanggup g MV sbb ramai sgt manusia…..

    [Reply]

Leave a Reply