Merdeka! Shopping!

Merdeka! Shopping!

Sep 01

Entrance Kompleks PKNS

Sempena sambutan kemerdekaan ke 53, seluruh rakyat Malaysia bercuti. Di kesempatan inilah harus digunakan sepenuhnya untuk shopping baju raya. Ambil kesempatan!!!! kalo tak bila lagi… tapi nak shopping baju Cikidong je.. sebab apak & Mama dah beli dah.. Mula- mula nak pegi Jalan TAR, tapi takut jammed, terus g Shah Alam sebab dekat sikit.

Orang ramai dah... peningnya

Masa mula-mula sampai tu, parking kat basement, banyak lagi tempat kosong.. boleh pilih mana suka.  Apak Cikidong jarang-jarang datang meronda kat Kompleks PKNS ni.

Kalau pergi pun sebab ada hal penting la, macam nak pergi Tabung Haji ker, shopping baju raya ker.. camtu la.. tapi dah banyak kali pergi, Kompleks PKNS ni tetap busuk macam tu jugak.. Bucuk! especially kalau lalu kat kedai-kedai makan yang kat belakang tu.. Management ni tak sedar ke benda ni, kalo sedar tu, cari la solution macam mana nak enhance sistem pengudaraan, perparitan dan sebagainya.. macam ketua kampung lak apak. ekekekek

Agak panjang jugak kiosk-kiosk dan kedai-kedai kat tengah-tengah ni. Penat berjalan dari hujung ke hujung, timur ke barat, selatan ke utara tapi tak jumpa jugak baju Cikidong yang semacam ngan baju Apak Cikidong. Timun pun tak jumpa.. ekekekke Bila orang dah makin ramai, mula la berlanggar-langgar sana-sini.. dan sesak napas, apak lari naik tingkat atas plak.. cari udara segar…

Kat atas pun ada banyak gak kedai, jalan gak dari hujung ke hujung, ke ceruk celah mana tah rasa macam lost tapi tak jumpa jugak…

Hah! nampak macam ada kaler yang dicari!Masa pandang dari atas, macam ada ternampak colour yang dicari untuk baju Cikidong.. tapi lepas turun, hampas… sebab tak sama langsung.. rabun warna agaknya apak ni.. pusing lagi jalan-jalan lagi sampai tak ingat ada kat mana keekkeek… tapi tak jumpa…

Tapi macam mana tah, bila sampai satu sudut, ada jumpa satu kedai ni, awek tinggi model yang jaga. Bukan nak beli awek tu… kekeke ada la jumpa baju Cikidong yang boleh kire sesuai la jugak.. matching la jugak… kalau pakai memang Hari Raya laa… akhirnya jumpa…

Masa jalan-jalan jugak, terserempak dengan 2-3 kawan lama masa belajar.. rajin jugak derang ni pepagi dah sampai.. masing-masing dah ada 2-3 orang anak. Apak je baru ada seketul Cikidong. Hmm… mungkin sebab Kompleks PKNS ni Bucuk!! ekekekekekeeekeke.. pastu balik la.. pening orang dah ramai.

Orang masih berebut nak masuk Kompleks Bucuk ni..

Waktu dah keluar dari parking, apak Cikidong perhati memang masih ramai yang berebut-rebut nak masuk kompleks bucuk ni.. walaupun bucuk, tahun depan pasti apak kembali!!! yeah! ahahahahaha!

Related Posts with Thumbnails

10 comments

  1. salzahari

    ekkekee…tak perasan lak busuk wpun hormon ibu mengandung tgh tinggi! pegi jgk on Sunday,ya Allah tobat thn depan takmo cari bj last minute :p dahle kena parking sebrg jln, menapak terkengkang2 la mak boyot ni!

    [Reply]

  2. cikidong

    mana nak bau bucuk sebab dah salu pergi.. bau bucuk tu dah sebati kan kan kan kan kan ekekekekek

    [Reply]

  3. kelakak!! sungguh apak cikidong nieh…keh3

    [Reply]

  4. i punya susah payah cari kaler baju adam yg sama tone kat segala stalls dlm kompleks tu, last2 kat gedung harian gak jumpa. hahaha

    [Reply]

    cikidong Reply:

    tu la.. jalan pusing sana sini, last2 jupe kat kedai jer

    [Reply]

  5. best best .. cikidong dah ada baju raya :)

    MY LATEST ENTRY: Merdeka! Happy birthday sayang

    [Reply]

    cikidong Reply:

    dah pasni dok umah je… beribadat keekkee

    [Reply]

  6. aku xpernah bau busuk pon?? ko tu yg busuk ati senornya!!!1

    [Reply]

    jerry nizam Reply:

    biasa r..diri sendiri busyuk mmg x bau….hahahahahhaah

    [Reply]

    cikidong Reply:

    hah tau takpeee kekekekkebu!

    [Reply]

Leave a Reply