The 3rd Year @ CIC
The 3rd Year @ CIC
Dec 29Where leaders are born – itu merupakan tagline tadika Cikidong. Tahun ni merupakan tahun terakhir Cikidong mengaji di sini setelah permohonan untuk mendapatkan tempat di pra-skolah (di sekolah kebangsaan) tak berjaya.
2 tahun lepas, semasa hari pertama Cikidong masuk CIC ni, dia menangis sampai muntah-muntah sebab taknak kena tinggal. Masa tu Cikidong berumur 3 tahun dan baru je lepas keluar dari hospital sebab apak antar Cikidong kat daycare biasa.
apak yang cadangkan supaya Cikidong dihantar kat CIC ni setelah apak nampak papan tanda CIC ni kat tepi masjid. Apak masuk website dia untuk cari maklumat dan sehinggalah berjumpa dengan teacher pada open day CIC. Cikidong pada mulanya dihantar di cawangan The Strand. Walau macam manapun bermula tahun ini, apak mintak tukar ke cawangan lain, sebab Cikidong alergi pada aircond. Selsema dan batuk dia tak baik-baik kesan daripada jangkitan broncho-pneumonia sebelum tu. Alhamdulillah, kat cawangan yang sini, Cikidong ok skit sebab takde aircond.
Macam-macam aktiviti yang ada seperti mana-mana tadika yang lain, macam lawatan.. annual dinner, convocation dan aktiviti lain yang dianjurkan untuk pelajar dan ibu bapa.
Sistem pengajaran dibahagi kepada 2 semester, dan setiap hujung semester ada progress report di mana ibu bapa boleh berjumpa guru untuk menilai perkembangan anak-anak di CIC. Masa ni la tau perangai sebenar anak kita habaq hang.. Cikidong – kuat majuk ekkekek maklumlah sorang jer…
Sepanjang berada di CIC, memang nampak perkembangan positif dalam diri Cikidong. kalau dulu dia takut nak jumpa orang, nak berkawan, tapi setelah berada di CIC dia boleh menyesuaikan diri mengikut keadaan. Ada juga insiden-insiden yang kureeeng berlaku semasa Cikidon berada kat CIC ni, tapi itu sumer bukan salah CIC, tapi individu yang diamanahkan untuk mengawalselia tempat tersebut. Overall, saya mesti pilih! hah gitu apak promote.. apak tak dapat diskaun apa pun ni… saja kasi up.. tapi bukan reka-reka cerita..
Tahun 2012, Cikidong akan ke alam persekolahan yang sebenar. Semoga Cikidong dapat menyesuaikan diri sebagaimana kanak-kanak lain. dan akhir sekalin selepas kita tahu tagline dia, mari apak tunjuk the ‘punch’ line dia… ‘Where money all gone‘ ekekekekek
Setiap hujung tahun, kami diingatkan untuk renew registration sebab tempaty terhad katanya. Sekarang ni semua dah pakai online. Satu perkembangan yang baik bagi pihak CIC. Dolu-dolu apak kena jumpa cikgu untuk register.
Yuran yang kena bayar pula ikut pakej yang kita register. ikutkan angka tu memang boleh hilang akal jugaklah.. tapi demi kebaikan anak, korban apa sahaja… tutup sebelah mata jer…
Disebabkan apak takde maid from indon mahupun manhattan, kena la letak Cikidong the whole day untuk belajar dan day care. Mungkin ada lagi tempat yang hokey… tapi kami sekeluarga tak jumpa, dan mungkin tak bersesuain dengan keperluan dan keadaan kami.
Apa-apapun ini hanyalah review dan pandangan peribadi apak terhadap CIC. Mungkin ada yang di luar sana tu masih tercari-cari, boleh la ambik panduan dari sini skit-sikittt….. amin…





kurang faham nagn statement ni: “… permohonan untuk mendapatkan tempat di pra-skolah tak berjaya.” maksudnya apa? nak tanya sebab Pasha join tadika next year untuk budak 4 tahun. so Cikidong masuk waktu umur 4 tahun jugak ke? so pra-skolah tu apa? yg aku faham pra-skolah tu adalah 6 tahun… betul ke? atau aku yg masih tak faham.. hehe… mintak penjelasan yer… maklumlah bapak baru belajar… tq
[Reply]
apak cikidong Reply:
December 29th, 2010 at 4:39 pm
permohonan masuk pra-skolah (di sekolah rendah kerajaan) di tolak kerana kuota telah dipenuhi….ni apply masa tahun ni…masa cikidong umur 5 tahun sekarang… pra skolah kat tadika ni lain… kat sekolah rendah, budak-budak dah didedahkan suasana persekolahan sebenar.. okay kah penjelasan ini.. sori atas kekaburan dan kekelaman
[Reply]
jerrynizam Reply:
December 29th, 2010 at 7:04 pm
prasek keutamaan tuk budak 6 tahun & jika ada kekosongan 4 & 5 tahun boleh dpertimbangkan berdasarkan pendapatan ibu bapa….. coz kouta tuk 1 kelas 25 org jer…
[Reply]
jerrynizam Reply:
December 29th, 2010 at 7:07 pm
& apak cikidong aku rasa pendapatan isi umah (perkapita) ko melebihi parent lain yg dok apply…. coz dlm pe hal pun kriteria pendapatan dibawah garis yg ditetapkan menjadi keutamaan
[Reply]
apak cikidong Reply:
December 30th, 2010 at 1:50 pm
ha tu dia penjelasan seorang guru pra sekolah yang sangat seksi ekkekekekek terima kasih atas penjelasan fanjang lebaw…
[Reply]
ingat nak htr nuha masuk tadika jugak tapi smpai skang tak dpt tawaran lagi..tadika uitm ni ajer
[Reply]
apak cikidong Reply:
December 29th, 2010 at 5:15 pm
tak aci.. uitm dah ada tadika bawah opis ker.. best ahh camtu.. hari2 dpt tgk anak..
[Reply]
mcm bagus jugak ye CIC nie, xdak anak lagi tp dah survey tadika, boleh?ngeee
kat gombak nie ada international islamic school, kadang2 berangan lah bila lalu kat skolah nie tp bila tgk yuran masyaAllah, mahal lagi dari yuran mak amek master huhuhu
[Reply]
apak cikidong Reply:
December 30th, 2010 at 1:51 pm
haaaaa tak lama lagi la tu nk dapat baby… hihihihihii
[Reply]
ding dong..ding dong…
tiba2 terasa topik persekolahan anak sgt berat seumpama perutku ini
[Reply]
apak cikidong Reply:
December 30th, 2010 at 1:51 pm
memang berat.. apatah lagi bagi yang pernah simpan anak ni dalam perut sendiri sampai cekang..
[Reply]