14 Jun
2011

5 Peranan Ayah

 

5 peranan penting seorang ayah di rumah

Jika seorang ibu adalah ketua keluarga, maka ayah pula adalah pengasas keluarga tersebut. Dia memainkan pelbagai peranan penting tidak kira kecil ataupun besar. Satu komuniti yang kuat di dalam sesebuah negara yang teguh pentadbirannya terbentuk daripada keluarga-keluarga yang dibimbing oleh golongan ayah di rumah. Ayah membimbing, memberi kuasa serta menjadi mentor kepada keluarga dan rumahtangga. Anak-anak dilindungi daripada bahaya dan sebarang kecederaan. Ayah mengajar anak-anaknya menjadi seorang yang tabah, kuat dan berjaya di dalam hidup mereka.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENSTABIL

Salah satu peranan penting seorang ayah adalah menjadi penstabil di dalam sebuah rumah. Seorang ayah perlu membimbing anak-anak mereka ke arah ke stabilan keluarga dan rumahtangga. Kehadiran ayah di dalam menangani cabaran-cabaran di luar rumah seperti suasana kemasyarakatan yang tidak baik dapat membantu perkembangan anak-anak

AYAH SEBAGAI SEORANG PELINDUNG

Si isteri dan keluarga perlu berasa dilindungi daripada dunia luar yang serba tidak menentu. Ayah perlu menjadi seorang pelindung kepada keluarganya did alam apa jua keadaan sekalipun. Setiap anak perlu melihat ayah mereka sebagai seorang hero idola mereka. Ayah juga perlu memberi keselesaan kepada anak-anaknya.

AYAH SEABAGAI SEORANG YANG DICONTOHI

Apabila anak-anak dibesarkan oleh seorang ayah yang komited, kemungkinan besar mereka berjaya dalam hidup pada masa hadapan adalah sangat tinggi berbanding dengan anak-anak yang dibesarkan oleh seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Ia bukanlah mengatakan bahawa anak-anak yang dibesarkan tanpa seorang ayah tidak akan berjaya dalam hidup mereka, tetapi tahap kejayaan anak-anak yang mendapat bimbingan seorang ayah itu adalah lebih tinggi. Ayah memberi keberanian dan keyakinan kepada anak-anak mereka. Memandangkan anak-anak sentiasa memerhatikan tingkah laku ibu dan bapa mereka, banyak perkara-perkara baru tentang kehidupan yang dipelajari mereka. Maka dengan itu adalah amat penting si ayah menunjukkan karakter yang baik tentang kehidupan kepada anak-anak mereka agar si ayah menjadi sumber inspirasi mereka.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENCARI NAFKAH

Seorang ayah perlu menyediakan, pakaian serta tempat tinggal untuk keluarganya. Seorang ayah harus melakukan apa sahaja untuk menjaga kebajikan keluarganya tidak kira apapun pekerjaan yang dilakukan olehnya asalkan kerja itu halal dan mulia.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENDIDIPLIN

Anak-anak perlu dibimbing sejak zaman kanak-kanak mereka lagi. Ayah haruslah menjadi pendisiplin kepada keluarganya. Anak-anak perlu menyingkirkan tabiat-tabiat buruk yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka. Si ayah perlu mengajar nak-anaknya bahawa sikap tamak, menipu, berbohong, mencuri, bersikap kurang ajar serta tingkah laku buruk adalah sikap-sikap yang tidak baik. Sebagai ketua keluarga di rumah, seorang ayah bertanggungjawab dalam mendisiplinkan anak-anak. Langkah-langkah mendisiplinkan anak-anak boleh diambil oleh si ayah jika anak-anaknnya melakukan kesalahan adalah seperti menyekat elaun perbelanjaan serta melarang mereka daripada bermain. Si ayah juga boleh memukul anaknya jika kesalahan yang dilakukan mereka berulangkali atau mereka tidak mengendahkan kata-kata si ayah. Tujuan seorang ayah mendisiplinkan anak-anaknya adalah bagi membantu mereka menjadi seorang yang berguna kelak. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Kepentingan sorang bapa di dalam sesebuah keluarga tidak boleh dinafikan. Peranan seorang ayah di dalam sesebuah keluarga sememangnya amat penting. Anak-anak cenderung menjadikan ayah mereka sebagai idola atau model mereka, maka dengan itu, si ayah perlu menjadi contoh utama kepada mereka.

mami baby Jun 2011

*Semua di atas disalin bulat-bulat daripada majalah “mami baby” keluaran Jun 2011. Masih di bulan Jun jadi masih belum expired dan ini bukan siaran berbayar…. :D ermmm ada ke orang baca??? hihihiii

 

Related Posts with Thumbnails

5 Comments

  • […] majalah Mami Baby bulan August ni… 2 bulan lepas, apak ada highlight majalah ni cerita pasal 5 peranan ayah. Memang boleh dikatakan tiap-tiap bulan Mama beli.. almaklumlah sebab nak menunggu kelahiran […]

  • Ade yg baca.

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    terima kasih :)

    [Reply]

    zulaikharomzi Reply:

    thanks…^_^….

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    welcome:)

    [Reply]

So, what do you think?

(Spamcheck Enabled)