Menara Alor Setar
Menara Alor Setar
Sep 07Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum… Semasa cuti hari raya tu, apak bawak Cikidong jalan-jalan ke Menara Alor Setar. Terletak dekat dengan bandar Alor Setar dan mudah je nak ke sana. Walaupun dah berapa kali balik sini, tak pernah bawak Cikidong naik atas…. disebabkan semua orang pergi beraya, apak & Cikidong amik kesempatan tinggalkan Mama & Aisyah kejap masa derang tidur. Lagipun dah lama tak jalan-jalan ngan Cikidong.. rindukan saat itu…Masa sampai waktu ni, tak ramai orang. Ingatkan tak buka.. keadaan keliling sepi je dan panas terik. Masuk-masuk je terus ada orang sambut dan bayar tiket. RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Lebih kurang 10 tahun lepas, apak pernah naik gak kat sini, tapi rasanya dulu tiket lagi mahal kot.. tahla dah lupe..
Tak ada banyak yang nak diceritakan… let these pictures do the talking… or else talk to my hand
apak gayat sebenarnya so apak berdiri ke dalam sikit di belakang cermin lif tu..
Dan bertambah gayat… kecut.. serut…
Akhirnya lif berhenti… pintu terbuka dan ada lagi orang sambut… “silakan”
Si Cikidong excited nak teropong… dan agak mengejuutkan bila dia kata dia nampak kapal alien.. (tangki air yang tinggi besar kaler biru putih tu)
Apak pun try la kan carik anak bulan… putar kanan, putar kiri… oh lupa.. ada restoran berputar kat atas tapi tak pergi.. tak tanya pulak restoran tu bukak ke tidak… sebab sibuk nak teropong…
Keseluruhannya, kami happy dapat naik atas ni.. orang pun tak ramai.. so pilih teropong mana-mana pun tak berebut..
Lepas turun bawah ni, baru la nampak orang berebut nak masuk dalam.. rasanya sumer orang jauh terutama sekali orang KL kot.. based on their car’s plate number.












saya pun x pernah sampai…huhhu…raya haji la plan
[Reply]
apak cikidong Reply:
September 13th, 2011 at 2:15 pm
deyy apedaaaa
hahaha
[Reply]