First outing
First outing
Oct 17Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum… Hujung minggu lepas masa abih je kelas apak ajak Mama pergi jalan-jalan kejap lepas maghrib. kesian tengok dia asyik dok melekat ngan Aisyah yang asyik nak bergantung dan bergayut sepanjang hari.. Apak pun agak letih dengan kelas dan tertekan dengan assignment yang datang menimpa-nimpa bumi.. walaupun keletihan.. tapi bawak jugaklah demi sebuah terapi. Sebenarnya tujuan pergi jalan-jalan malam tu adalah untuk membeli stroller baru untuk Adik. Stroller abang dia ada tapi dah agak tak berapa sesuai dan ada rosak skit… ingat nak tolak kat mudah.com.my je jual murah2.
Malam tu kami sekeluarga pergi ke Jusco OU sebab dah lama tak pergi dan nak sangat tengok layout baru Jusco. Rasa kagum la sebab kelihatan serba baru dan cantik… bersih… compare dengan Jusco yang dulu. Sampai je terus tuju bahagian baby… belek-belek stroller yang ada… Selepas buat pilihan berdasarkan budget, terus masukkan Adik dalam tu dan jalan-jalan sikit…
Esok pagi tu, takde plan nak ke mana-mana pun sebab budget xde dah buat beli stroller adik… tah macam mana tah yang dinamakan rezeki Allah, Mama dapat rezeki tergolek… terus senyum dan gembira dan mama terus ajak keluar jalan-jalan.. apak dah lupakan assignment.. rasa gembira dan bersyukur… betullah kata pesanan seorang rakan supaya perbanyakkan solat sunat dhuha.. insyaAllah rezeki bertambah… walaupun rezeki tak datang ke poket apak, ia masuk bergolek ke poket orang lain. apalagaaa.. adik pun tersenyum sebab pertama kali nak kluar jalan-jalan.
Orang yang paling gembira ialah Mama… dia dapat shopping macam-macam, beli barang-barang yang dia dah lama nak beli. Sepanjang jalan adik pun tidor je kat dalam stroller tu.. sesekali dia terjaga dia senyum-senyummmmmm jee…. Kami juga try pergi makan kat Bumbu Desa. Makanan dia memang menepati citarasa jowo apak ni.. tapi balik rumah terus idung sumbat sampai hari ni.. alergi ngan sambal ijo dia kot.. tatau lah..sebab sebelum ni apak kebal je.. makan apa pun takde alergi.. mungkin dah tua kot… apapun susah woo bawak budak kecit ni… time dia nak menyusu, tak kire tempat la dia nak menjerit.. kena planninggggg jangan kasi kelam kabut.



kebalkah ko?
[Reply]
apak cikidong Reply:
October 20th, 2011 at 4:43 pm
hhiihhii kebal dooo
[Reply]
ye…planning kena baik sbb bila dia nak menyusu di mana2 pun tak kira! jgn panik, cari je tmpt tersembunyi mama leh je menyusu dgn tenang..insyallah! kalau sempat, gi le lepak surau kejap…
[Reply]
apak cikidong Reply:
October 20th, 2011 at 4:43 pm
mama ada beli selendang yang boleh kelubung kalo breastfeed tu… hahaha
[Reply]
waaa seronoknye rezeki tergolek;), rezeki baby kannnn
[Reply]
apak cikidong Reply:
October 20th, 2011 at 4:44 pm
itu laaaaa…..
[Reply]
suka tgk aisyah senyum, comei! cikidong pun comei gak (kang merajuk plak cik abg tu yer hehe)
[Reply]
apak cikidong Reply:
October 20th, 2011 at 4:44 pm
apak dia????? camene??? hihi
[Reply]
apak ada pegi makan kat kedai mamak area bank rakyat ker tadi?
pelanduk kot :p
[Reply]
apak cikidong Reply:
October 20th, 2011 at 4:44 pm
takde la elis.. apak mkn mcD pada hari kejadian elis tanya ni haha
[Reply]