3 bulan

3 bulan

Nov 16

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum… Adik dah masuk 3 bulan.. sekejap je rasa masa berlalu.. aritu terlentok-lentok sekarang dah tegap berdiri melentik-lentik ko.. hahahaa.. baiklah.. ikut pembacaan, dalam tempoh genap 3 bulan ni… baby sedang berusaha keras untuk bergerak kerana otot leher dah makin kuat.. tak lama lagi dia nak berguling-guling plak.. selalunya baby ni salu bua surprise untuk tunjukkan kebolehan yang dia ada.. yang paling nyata… adik suka berbual.. bak kata sorang blogger tu.. rambling nonsense.. betul kah?Pada waktu ini, bayi sebenarnya semakin kuat. Dia dah boleh angkat kepala semasa kita pegang atau semasa dirikan dia selama beberapa minit. Kalau kita dudukkan dia dan sandarkan pada harapan, dia dah boleh kawal kepala dia sendiri. kalau dia meniarap pulak, kita boleh nampak kebolehan dia mengangkat kepala dan dada dia macam nak buat push-up.. hiyarkh hiyarkkhh.. masa ni leh la acah-acah depan dia.. tengok dia respon.. awas.. jangan sampai kena lempang ngan dia.. hhohhohoho kadang-kadang jugak, baby dah start pusingkan badan dia sendiri. Ini adalah kerana, paha, lutut dan siku dah semakin kuat dan fleksibel. Memudahkan diri sendiri untuk bergerak..Pada waktu ni jugak,  baby dah start hayunkan lengan dan mula menendang kaki dengan bersemangat. hiyarkh hiyarkh… Kalo dirikan dia.. macam biasa la dia akan beraksi macam nak melompat-lompat bila kaki dia kena lantai.. hiyarkhh hiyarkkhh!

Kalao waktu malam pulop… haaa. yang ni awas sikit.. kalau awal-awal dia tido aman.. je.. bangun sikit-sikit.. sekarang ni dia dah tunjuk la kaler dia sebenar.. bangun kerap sampai pening kepala mak… tapi ada jugak yang makin ok timezone tidonya…. Namun selalunya baby tak akan tidur sepanjang malam sehingga usia 6 bulan. tak apa kalo dia berjaga sebab ia takkan lama.. huwaaaarghhh…

Pada usia ini jugak baby dah kenal dengan orang yang selalu dia jumpa.. ini menunjukkan yang orang itu adalah istimewa baginya.. selalunya dia tetap tersenyum dengan orang yang tidak dikenali namun, dia akan menunjukkan yang dia memilih untuk menyukai individu-individu tertentu.. contohnya sekarang, Adik takmo letak kat bawah kalo ada apak… lagi satu, tak mau isap susu dalam botol kecuali dengan pengasuh dia sahaja…

nanges tanak baring kat bawah..

Dalam banyak-banyak hal yang apak tengok, Adik ni suka masukkan tangan dalam mulut, hisap kain mitten dia.. dan kadang-kadang mulut dia ada bubble air liur… yang katanya penyebab keguguran rambut ibunya… Adik jugak boleh beralih tempat dia baring dengan menendang kaki dia…ke lantai…hayun-hayun tangan, usaha nak angkat leher bila nampak apak… mintak dukung lah… tatau lak baby orang lain mcm mana.. tapi rasanya Aisyah La Bocah ni ok la kot development dia… :D

tangan masuk mulut

Related Posts with Thumbnails

6 comments

  1. ayuh laju2, nanti boleh main ngan abg cikidong :P

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    huhuu… silap2 abang kena buli

    [Reply]

  2. nyam nyam…
    mitten tu perisa apa dik?

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    perisa kapaz

    [Reply]

  3. kecik2 menanges pun nampak comel kan pak :p

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    seram le time dia nangess… comel hape

    [Reply]

Leave a Reply