Abuya The Movie

Abuya The Movie

Nov 10

Abuyah!

Tak tahu menahu pun dan ikut info kat sinemamalaysia.com.my citer ni ditayangkan hari ini. Filem ni diterbitkan oleh Primeworks Studio (Grand Brilliance). Pelakon pun hebat-hebat wooo… ada Faizal Hussein, Jue Aziz.. Tapi rasanya citer ni takde kaitan dengan Abuya dengan Al-Arqam tu..Sinopsis daripada sinemamalaysia.com.my :

Di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Lalang yang terletak di sempadan Malaysia Thai,10 KM dari garisan sempadan Thailand. Seorang peniaga bernama Abu Zakaria telah datang ke kampung ini dan berkahwin dengan Rubiah seorang wanita kaya di kampung Bukit Lalang. Selepas itu Rubiah menghantarnya ke Turki untuk belajar ilmu agama, tetapi bila dia pulang ABU ZAKARIA membawa pulang seorang perempuan GRO berbangsa Turki yang dijadikan isteri keduanya. Kepulangannya ke kampung membawa sedikit perubahan pada dirinya.

Dia telah menyerapkan unsur- unsur penyelewengan serta menyesatkan sebahagian penduduk kampung itu. ABU ZAKARIA telah menubuhkan markaznya sendiri yang diberi nama MARKAZ KHALIFAH dan mengelarkan dirinya sebagai ABU YA. Sejak terdirinya Markaz Khalifah ini, semakin ramai pengikut dari berbagai bangsa, agama atau pun keturunan yang mengikut ajaran sesat ABU YA. Dengan kebolehan luar biasa yang dipelajarinya semasa di Turki itu membuatkan ABU YA lebih kuat dan berkuasa. Dia bernikah lagi dengan Adawiyah anak seorang pejuang pemisah PATTANI dan mempunyai seorang lagi isteri bernama Suraya.

Kerana kesesatan yang melampaui batas segala kegiatannya telah diketahui oleh orang kampung dan pihak berkuasa Malaysia Thailand. Kehidupan songsang yang diamalkan oleh pengikut ABU YA telah menjadi daya tarikan dari golongan sampah masyarakat untuk menyertai kegiatan ABU YA. Markaz Khalifah bukan sahaja dijadikan pusat pemujaan tetapi juga menjadi pusat latihan perang yang lengkap dengan senjata api. Kisah ini bermula dari tahun 2002 dan telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Malaysia Thailand pada Julai 2005 atas kesalahan ingkar dan cubaan merampas kuasa dari Yang DiPertuan Agong..

katanya ni sedutan dalam filem Abuya tuh...

Tarik nafass…. hembusss.. abuyaaahhhHHhh… slurp.

Related Posts with Thumbnails

13 comments

  1. Melatiqistyna

    Err, menarik sinopsisnye…. Bila tayangan nih….

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    ikutkan info 10 nov dah tayang…

    [Reply]

    blackrosehunter Reply:

    dh kuar la kan citer ni..

    [Reply]

  2. oi..oi..apak.
    bawak2 mengucap naaa.
    satgi cek cucuk bijik mata tu baru tau

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    kkikikikiki :D

    [Reply]

  3. ajaran sesat btol ni.tunggu kuar kat astro first jer la :p

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    bulan depan mesti ada!

    [Reply]

  4. wow faizal husein eh…jalan cerita cam menarik jugak nih

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    faizal husen tu muka apak masa tua tu… kahkahkah

    [Reply]

  5. ini maybe amek dr tragedi al-maunah kots…

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    ntahleeee….

    [Reply]

  6. daus

    dh tengok,bosan lg membosankan.xpayah la tengok,xlayak dibuat filem,memang geram lpas kuar panggung.hhampehhh..filem ni yg sesat sbnarnya.

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    hahahah menyesal sungguh yer..

    [Reply]

Leave a Reply