Idola sukanku
Idola sukanku
Nov 18Nama sebenar beliau ialah Alexander Charles Yoong Loong. Lahir pada 20 Julai 1976. Ibu beliau Joanna Bean, seorang warga England manakala bapa beliau Hanifah Yoong Yin Fah – rakyat Malaysia berbangsa Cina. Perjalanan kareer beliau tidaklah berapa buruk sangat… bermula dengan perlumbaan kereta saloon seawal usia 16 tahun dan kemudian menyertai perlumbaan Formula Asia. Selepas itu beliau menyertai perlumbaan British Formula Renault serta British Formula 3. Sebelum menyertai F1, beliau cemerlang dalam perlumbaan di Formula Nippon dan Formula 3000.
Alex Yoong merupakan pelumba F1 pertama negara dan yang kedua di Asia Tenggara selepas Birabongse Bhanudej (Thailand) yang memandu pada tahun 1950. Pencapaian terbaik beliau ialah tempat ketujuh semasa perlumbaan di Australia dan kemudian selepas itu beliau terpaksa bekerja keras untuk melayakkan diri dalam kelompok terbaik sesis kelayakan yang memerlukan 107% minimum untuk catatan masa terbaik. Selepas itu beliau digantikan dengan pelumba lain di pertengahan perlumbaan. Nasib tidak menyebelahi beliau..
kerjaya beliau tak terhenti di situ. Beliau banyak menyertai perlumbaan lain seperti American Champ Car (2003) dan Australian v8 Supercar. Selepas itu beliau hanya menjadi ikon untuk mempromosi sukan permotoran negara dan sekarang boleh dilihat beliau bekerja dengan media sukan ESPN-Star terutama sekali dalam perlumbaan F1. Ketika perlumbaan A1GP diperkenalkan, Alex cemerlang dalam menunjukkan bakat pemanduan beliau dan memenangi beberapa perlumbaan penting. Ketika ini beliau berjaya membalas kritikan media semasa beliau berada di F1. Selepas 2 musim, beliau digantikan oleh pelumba negara Fairuz Fauzy yang meneruskan kecemerlangan pasukan Malaysia. Walau bagaimanapun A1GP tak kekal lama.. senyap selepas tu
Alex juga meneruskan kerjaya berlumba dengan Meritus GP2 Asia namun beliau terpaksa digantikan dengan orang lain kerana masalah komitmen terhadap perlumbaan yang disertai.

2011 Southeast Asian Games at Jakabaring Sports Complex on November 16, 2011 in Palembang, Sumatra, Indonesia.
Kelmarin, beliau telah membantu memberikan pingat kepada pasukan Malaysia dalam sukan SEA dalam acara water skiing. yang paling manis kejayaan ini bersama diraih dengan adik beliau Philippa dan yang paling membanggakan adalah dari Aliyah (adik tiri) yang berusia hanya 8 tahun untuk memenangi Emas.
Alex Yoong jejaka kacak, gagah, berpersonaliti baik dan memiliki bakat semulajadi dalam sukan. Idola Apak.. but I am not a gay and I am very very OK.








adik beradik btol kan dgn aliyah tu? bukan tiri kan sebab dia lain2 mak ajer, bapak still sama kan.
me x minat atlet lain kecuali my hubby.hahahahaa :p cover line :p
[Reply]
apak cikidong Reply:
November 18th, 2011 at 4:23 pm
oh silap laa.. bukan adik tiri… adik separuh masak.. hahaha
[Reply]
kenapa laa dia pakai boxer tak pakai swimming trunk?
[Reply]
apak cikidong Reply:
November 23rd, 2011 at 11:58 am
ko semakin pervert hahaha
[Reply]
wooott wooottttt sama citarasa…ahhahahaa
tapi saya peminat fanatik alex yong dulu..dulu laaaa….lepas tau dia sokakk sama itu model terus saya kawin dan kecewa….akakkakkakkakaka
[Reply]
apak cikidong Reply:
December 8th, 2011 at 3:17 pm
ahahahahha sengal bit..
[Reply]