McDelivery

McDelivery

Dec 19

Info McD punya delivery kat website

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum… McDonalds dah perkenalkan delivery sejak beberapa tahun yang lepas. Dalam seminggu dua ni, prosperity burger dah mula dijual. Mungkin sebab dah hampir tahun baru Cina. Dalam tempoh seminggu dua ni jugak Mama memang memanjang kerja termasuklah Sabtu dan Ahad sebab pembukaan AEON baru kat Rawang. Boleh dikatakan tiap-tiap malam dia balik seawal jam 10 malam. Hanya 2 hari sebelum apak exam & presentation je dia balik awal.Sepanjang Sabtu dan Ahad ni, apak fulltime jaga anak-anak.. kemas rumah dan jadik bibik. Walaupun Mama dah siap masak-masak untuk kami semua, tapi sudah pasti la Cikidong pun jemu makan lauk yang sama. Nak harap apak masak memang nan hado laa… ni lagi ada Aisyah, nak pegi cuci pinggan pun terkejar-kejar.

Jam 7 mlm kelmarin, apak terpikir nak call McD untuk delivery since Cikidong pun dah lapor sikit. Padahal banyak makanan yang dia makan. Nak keluar pergi kedai bukan satu perkara yang mudah sebab nak kena drive lagi, nak usung anak kecik lagi.. tak mau amik risiko.. Apak cuba cari no McD delivery kat website dia… kalau ikut info dia…

  • No Minimum Order
  • Call 1300 13 1300
  • All day, all night. Whether it’s breakfast, lunch.
  • Dinner, Supper or in between meals treats you crave.
  • McDelivery 24 Hours is with you around the clock.

*Limited delivery area apply due to limited participating restaurants.

Selepas bercakap dengan orang yang bertugas untuk ambik order tu, dia kata untuk area umah apak di Kota Damansara tu ada banyak order yang belum dihantar lagi.. paling kurang pun kena tunggu dalam masa 1 jam setengah. Apak ok je sebab bukan la nak sampai tahap kelaparan sebab kami dah makan sebenarnya sikit.. cuma nak makan-makan extra skit dengan anak-anak.

Ketika cerita ini dipublished, takde langsung delivery dan xde langsung orang call tanya. Apak tak call pun tanya sebab apak dah tunggu sampai abih game BPL Arsenal vs Manchester City semalam. Selera nak makan pun dah hilang tapi apak takde la marah sebab perut tak le lapar kebuluran… cuma… disebabkan pengalaman ni, apak tak percaya dah dengan McDelivery untuk area rumah apak. I plan to lodge a complain tapi tak ingat no rujukan order semalam. I’ll do it later.

Owh.. baik sungguh apak kan takde marah-marah walaupun pihak itu membuat apak tertunggu-tunggu… ;)

JAHANOM!

Related Posts with Thumbnails

4 comments

  1. kasi bako je dier

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    simpan dolo,.

    [Reply]

  2. Melatiqistyna

    Muahahahaha….. X nah plak terjadi begitu area umah ni….

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    terjadi hanya ke atas diriku kot… hahaa

    [Reply]

Leave a Reply