Open book exam

Open book exam

Dec 24

Buka nota la kan... apalagaa

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum… Pagi ni ada exam, dan merupakan kelas terakhir sebelum penutup tirai dengan final project presentation. Kelas pagi-pagi tu presentation last untuk group yang belum present lagi. Alhamdulillah… semester ni berjaya mengekalkan rekod tanpa ponteng kelas untuk 2 semester berturut-turut.. waktu presentation tu pulun la baru nak baca nota untuk test. Petang pun sepatutnya ada test. Konon-konon nak baca la jugak… tapi lepas jumpe member sekelas dia kata, test untuk kelas petang minggu depan (31/12/2011). Gigih mak membaca rupenyer salah tengok nota arituh.. padan muka.Exam subjek ni boleh tahan je nak menjawabnya  sebab sebenarnya lecturer bagi soalan yang sama dengan projek kumpulan yang dibuat sepanjang semester hari tu. Kira berbaloi juga la buat projek sorang-sorang tanpa bantuan ahli kumpulan sebab sapa yang tak menolong tu, merasahhh la kamu nak menjawab exam.. padan muka!

lukis-lukis je bagi jawapan...

Daripada mula soalan sampai akhir, bermula dengan konsep dan sedikit ilustrasi tentang cadangan jawapan, dapat dijawab dengan tenang, cuma tak pasti je itu kah atau begitukah jawapan yang dicari.. tapi bila fikir balik, soalan ni cuma nak perangkap student sama ada dia paham ke tidak apa yang dipelajari sepanjang semester. Mungkin juga nak tengok siapa yang buat kerja atau tidak masa projek group tu.

apeke bende la jawapan ni kan...

Close up skit… kena lukis Interaction Design untuk konsep yang dipilih. Belasah je la.. bukan ada betul atau salah pun.. yang penting elaboration tu rangup.

ha ni tengah cari idea nak menggoreng.. rangup punyer

Haa bila part kena explain.. susah la skit sebab manusia yang malas membaca pasti ada masalah ni. Walaupun open book, boleh rujuk nota atau material lain kecuali dari internet, payah juga la kan… Apapun apak hanya berdoa semoga berjaya melepasi halangan ini dan diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

Related Posts with Thumbnails

8 comments

  1. semoga apak berjaya, yehuuu!

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    eh terima kasih! :D

    [Reply]

  2. salam,

    saya percaya bahawa semua jawapan encik Apak adalah betul sebab tanak la kita nak letak jawapan tak betul kan? yang jahat adalah pemeriksa kertas sbb dia yang pangkah… er paham ke?

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    salam… saya tajk percaya jawapan saya betul tapi…. kire boleh lah! harap tak kena repeat!

    [Reply]

  3. harap2 apak lulus cemerlang exam nanti dan belanja saya :p

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    terima kasih! :D kalau betul2 cemerlang apa salahnya belanja!

    [Reply]

  4. cantik tulisan ;-p

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    tulisan gegirl mmg cantik hahaha

    [Reply]

Leave a Reply