Pusing badan
Pusing badan
Dec 21Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum… Sekarang ni Adik memang aktif nak berpusing badan dan meniarap.. Masalahnya, bila dia dah meniarap nanti dia penat sebab muscle leher tangan semua masih belum kuat sangat dan masih tak mampu nak kawal dengan baik. Lepas tu mual la dia terjerit-jerit… lepas tu pulak.. apak la yang panik… kean tunggu dia je kat sebelah…. Apa kerja pun tak boleh nak buat… so apak tengok tv je.. makan juga.. tapi gemuk tak jugak…
Peranan kita yang menjaga baby ketika ni ialah :
Galakkan kemahiran baru bayi anda dengan bersama-sama bermain dengannya… Kalau diperhatikan, dia akan berpusing secara spontan dan cuba mencapai kepada sesuatu di tepi atau tempat dia pandang untuk berpusing. Cuba baring sebelah dia, dan jika dia berjaya pusing di mana kita baring sebelah dia @ berjaya pusing ke arah kita letak sesuatu, sila beri tepukan di atas usahanya dan juga senyuman.. yang manis.. bukan sinis…. Waktu ni jangan sekali-kali meninggalkan dia sendirian, tinggal di tempat tinggi atau katil.
Disebabkan asyik dok sebelah Adik je…. apak rajin amik gambar dia lah.. untuk kenangan… takpe.. Mama tengah BZ.. apak ade…
Eyyy dia suke mehhh tengok muka katun apak !!!
