5 Bulan

5 Bulan

Jan 14

tunggu giliran

Adik dah genap 5 bulan dan hari ni bawak dia untuk checkup + suntikan 5 serangkai. Doktor yang kata.. Sepatutnya pergi bawa jumpa doktor 2 malam lepas sebab dah buat appointment, tapi Adik ngan Abang tidur awal lepas maghrib tu.. so terpaksa tangguh. Suasana kat klinik pun tak ramai orang dan masa menunggu pun tak berapa lama. Hasil pemeriksaan doktor, adik sihat dan normal cuma berat dia naik sikit sangat… tapi tu la kalau pegang adik rasa berat.. mungkin apak yang dah tak larat..Habih checkup, doktor suruh bagi adik makan ubat demam dan sampai je rumah terus bagi dia.. Adik takde masalah makan ubat.. mungkin ubat ni manis dan berbexa rasa dengan susu.. dia kelihatan menikmati saat ni.

takde masalaaa

Bila dah habih sumbat ubat, dia macam tak puas hati sebab mintak lagi.. berbanding dengan Abang, kalau demam je tiap kali bagi ubat, Abang akan muntahkan balik. Habis keluar segala isi dalam perut.

comot

Perkembangan anak berusia 5 bulan

Mengikut kajian, perkembangan terbahagi kepada 4

  • Pergerakan badan
  • Kordinasi mata & tangan
  • Kemahiran berfikir
  • Perkembangan emosi

1. Pergerakan Badan

  • mengangkat dada lebih tinggi menggunakan tangan
  • merangkak macam komando (haha)
  • boleh berpusing badan dan bergerak ke arah yang dia suka
  • cuba capai ibu jari kaki kalau berbaring
  • boleh tampung berat badan kalau kita dirikan dia
  • boleh mencuba duduk dengan selesa
  • ganas kat dalam car seat! hohoho

2. Koordinasi tangan & mata

  • cuba mencapai sesuatu setelah melihatnya
  • memusing dan menggoyangkan objek yang dipegang
  • mampu pegang objek pada tangan dan bertukar tangan sebelum memasukkannya ke dalam mulut
  • tangan mampu mengubah bentuk sesuatu objek yang dipegang
  • suka memegang rambut orang lain, cermin mata dan cuba hisap ibu jari kaki

3. Kemahiran berfikir

  • membandingkan suatu objek dengan objek yang lain dari segi rupa/bentuk/warna
  • mempelajari kesan daripada tindakan yang dibuat olehnya (contoh menghayun toys)
  • membebel dengan cara sendiri
  • cuba berkomunikasi
  • mengenali suara ibu/ayah
  • pandangan mata semakin baik, boleh fokus melihat dari jauh, kenal banyak warna (oren, hijau, biru)
  • memerhati orang yang dikenali bergerak (apak leeeeeeee – nak tidur kena tenung, apak jalan pun dia ushar)

4. Perkembangan emosi

  • Kalau rasa tak selesa, mula akan scratch diri sendiri
  • menunjukkan rasa tak suka dengan menolak objek yang diberi
  • bangun awal pagiiiiii
  • cuba mengenali saudara-mara terdekat dalam keluarga
  • boleh main toys sendirian untuk tempoh 10-15 minit
  • belajar batuk-batuk ngengada untuk tarik perhatian
  • suka main cak-cak sampai gelak

sumber rujukan : http://www.ivillage.com/your-baby-5-months/6-a-127201?p=1

Related Posts with Thumbnails

6 comments

  1. Melatiqistyna

    Hehehe… Gd gurl…. Senang hati kalau anak sng mkn ubat ni… :)

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    mungkin sebab dia baru nak mula makan kot.. tu yang dia telan ajer..

    [Reply]

  2. bagusnye senang mkn ubat.
    tapi kan apak..anak sulung yg nama adam mmg susah nak telan ubat kot.hihi. gimme 5

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    ahahahahahahahah! “sama ngan bapak kiteee” ayat si boboi..

    [Reply]

  3. good ecah, bagus sgt sng nk mkn ubat…untong apak

    [Reply]

    apak cikidong Reply:

    awal-awal ni nampak keberuntungannya.. sok besar skit tengok.. sama cam abang jugak kang.. wekk wekkk ahahaha

    [Reply]

Leave a Reply