CNY2012
CNY2012
Jan 26

tutup!
Tak pelik tapi benar… itulah yang berlaku di sebuah gedung membeli belah yang besar di bandaraya Alor Setar. Pagi-pagi ingat nak jalan-jalan sebelum matahari terik memancar. Standard la dalam pukul 10 selalunya shopping complex dah buka. Masa sampai kat parking pun rasa pelik sikit sebab masuk free dan ada beberapa orang pekerja kat situ pandang-pandang. Bila sampai kat pintu masuk, terkunci rapit. Tak perasan langsung notis kecil je dia letak pada entrance. Apa jadi agaknya kalau shopping complex kat KL ni ditutup pada hari perayaan yang besar?
Ahh itu cerita pembukaan masa balik bercuti di rumah mertua. Pepatah orang putih ada menyatakan,
A journey of a thousand miles begins with a single steps.
Pada hari Sabtu pagi 21/1/2012 kami bertolak awal pagi konon-kononnya dengan harapan dapat menempuhi perjalanan dengan lancar.. tapi perjalanan yang tak sampai thousand miles ni terpaksa diganti dengan thousand steps sebab merangkak-rangkak jem dari Highway PLUS dari Sungai Buloh ke Tanjung Malim mengambil masa 3 jam. Tah berapa kali agaknya apak follow emergency lane sebab beribu-ribu kereta bernombor plat dari Republik Singapura yang berlumba-lumba ikut emergency lane tuh. kuajaq!

reading
Cuaca agak cerah dan panas namun adik Darling duduk diam dan sesekali dia berbunyi-bunyi sebab kagum tengok pokok-pokok di tepi jalan. Akhirnya tepat jam 4 petang baru kami sampai ke destinasi. Namun, nasib tidak berapa baik, adik Darling demam panas… mungkin kepenatan dalam perjalanan kot..

kambengggg
Balik kampung kali ni untuk uruskan majlis aqiqah my adik Darling
. Awal pagi sebelum majlis bermula (jam 10 pg) ayah mertua bawak apak pergi ambil daging kambing yang sudah siap dimasak kat rumah tuan punya saudagar kambing tersebut. Tak penah tengok kandang kambing uols, so apak gunakan Cikidong untuk heret dia tengok kambing dalam jarak dekat.. hahaha… taik kambing bulat-bulat.. mbekk mbekkkk

zzzzzzzzz
Sementara menunggu majlis bacaan yaasin tamat sebelum bermulanya majlis cukur jambul, my adik Darling tidur sebab mungkin badan tak berapa selesa. Ubat demam dah bagi tapi mungkin sebab ubat demam farmasi, kurang power berbanding ubat demam yang doktor bagi tempoh hari.
`Aqiqah
PENGERTIAN ‘AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.”
(Riwayat Abu Daud)
copy paste dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2530.0

aaaaaaaaaaaaaaaaa
Masa ustazah ni selawat, bagi madu + air zamzam ni adik Darling mengamuk skit. Mungkin sebab terganggu waktu tidur dan mungkin jugak sebab dia tak sedap badan. Apapun syukur sebab semua berjalan lancar dan lega sebab dah buat aqiqah.

merlin
Ini keesokan harinya.. adik Darling dah nampak okay sikit… dan dengan rambut baru… habis dah yang curly2 kat tepi telinga dan kena potong dengan nenek-nenek masa cukur jambul haritu..

merlin
Ada masa ni.. layan Merlin season 4 dulu… MEEEEEERLiiiiiiiNNNnnnn…
Tutup ekk? Kalau kat KL tutup sume, mau org komplen…hehehehe
[Reply]
Cikidong Reply:
January 26th, 2012 at 12:37 pm
haa tutup berbungkus.. org KL pun komplen.. hahaha
[Reply]
standard dah aloq setaq…pernah try nasi Arab depan Starwalk dak? Nanti kami ceghita..muahahaha
[Reply]
apak cikidong Reply:
January 26th, 2012 at 1:21 pm
nasi arab again? tak hingin lah.. mesti maheii ahhaah… cer citer cpat!
[Reply]