Tahun baru 2012
Tahun baru 2012
Jan 01Dah sampai pun penghujung 2011 dan muncul pula tahun baru 2012. Cuti pulak berlanjutan menjadi 3 hari di hujung minggu sebab dapat cuti semepna tahun baru. Masing-masing dengan macam-macam plan untuk menyambut tahun baru… ada yang nak balik kampung, sambung cuti, nak bersuka-ria dan tak lupa juga yang nak menjawab exam! kohkohkoh..Setiap tahun, suasana sambutan tahun baru ada merata-rata jer… semuanya based on hiburan..
Namun ada juga yang menganjurkan majlis ilmu dan keagamaan… di masjid mahupun di tempat terbuka…
Ada juga yang hanya duduk di rumah… menonton televisyen bersama anak dan isteri (that’s me!)
Walaupun hanya duduk di rumah, dapat juga melihat mercun terbakar di udara dan mendengar bunyi letupan yang bising kekononnya menyambut tahun baru… Terpikir plak mungkin ini agaknya dialog-dialog yang mungkin keluar daripada mereka-mereka yang berada di satu tempat kepada mereka-mereka yang berada di tempat yang lain.
Bagi yang lepak kat dataran @ mana-mana tempat yang penuh dengan suasana hiburan, pasti mereka berkata begini kepada mereka yang……
1. Pergi majlis agama -“Ala… sesekali nak bergembira… apa salahnya nak menjerit-jerit melompat-lompat sambil tengok orang menyanyi”
2. Tak pergi mana-mana, duduk rumah sahaja-“Hey.. ko ni membosankanlah.. apa barang duk rumah je siang malam.. “
Bagi yang pergi majlis agama pulak, pasti mereka berkata begini kepada mereka yang……
1. lepak kat dataran @ mana-mana tempat yang penuh dengan suasana hiburan - “sudah-sudahlah tu, cuba ingat-ingat sikit akhirat… berpada-pada la nak bergembira….”
2. Tak pergi mana-mana, duduk rumah sahaja – “Marilah join.. duduk kat majlis ilmu pun ada banyak faedahnya…”
Bagi yang tak pergi mana-mana, duduk rumah sahaja, pasti mereka berkata begini kepada mereka yang……
1. lepak kat dataran @ mana-mana tempat yang penuh dengan suasana hiburan-“apa la derang ni takde rumah ke.. tak ingat dah malam ke dok berkeliaran kat luar”
2. pergi majlis agama-“takpe lain hari pasti saya datang!
”
Ada lagi nak tambah dialog? silakanlah… Hanya sekadar menzahirkan apa yang berlegar-legar di dalam fikiran…




mlm tahun baru pegi giant beli barang2 dapur :p pekena teh tarik di syed sek 3 jam 12 malam :p cool kan? :p
[Reply]
apak cikidong Reply:
January 4th, 2012 at 3:16 pm
cool~~
[Reply]