Kalau kita
Kalau kita
Mar 02Malam kelmarin dapat tengok rancangan Semanis Kurma kat tv9 dengan topik menarik “Surirumah lelaki”. Ini merupakan kali pertama dapat tengok rancangan ni dalam keseluruhan masa siaran sebab topik yang sangat menarik untuk dihayati. Ustazah dengan Ustaz tu selamba je ayang-ayang dan aling-aling depan kamera kan. satu contoh yang baik untuk semua pasangan isteri yang menonton.
Ada sorang panel jemputan, dan ada seorang tetamu yang merupakan seorang surirumah lelaki. Beliau merupakan bekas seorang jurutera yang berhenti kerja dan sudah 7 tahun menjadi surirumah. Maknanya isteri dia yang bekerja. Kata beliau, mereka berbincang bersama-sama, dari hati ke hati dengan isteri sebelum membuat keputusan. Menurut dia sebab utama dia pilih untuk berhenti kerja adalah kerana masa tu ada masalah untuk menjaga anak dan yang kedua menurutnya, ikut sebelah keluarga dia, tak ada penyakit keturunan berbanding keluarga sebelah isteri. Yang best sekali dia kata, kalau boleh dia taknak isteri dia duduk rumah sahaja dan tak buat apa-apa sampai terkena obesiti dan kencing manis etc. Kalau boleh dia taknak isteri mati dulu kerana katanya lelaki tak boleh hidup tanpa isteri tetapi isteri mampu hidup tanpa suami. TERAMAT SETUJUK!
Walaupun begitu, dia tak duduk rumah sahaja, dia sebagai ketua keluarga katanya, dia perlu mendalami ilmu agama dan masuk kolej untuk belajar… ada kuliah pada isnin, rabu dan sabtu. Dia jugak siap-siapkan makan pakai anak-anak sebelum ke sekolah. Alhamdulillah pada masa yang sama dia buat kerja dengan mengambil upah potong rumput untuk tampung sikit income. Selepas tu katanya, dengan ilmu yang dia perolehi, dia mampu berkongsi pulak dengan buat kelas mengaji Al-Quran di rumahnya bagi mereka yang malu untuk belajar kat masjid. Kadang-kadang katanya dia dijemput untuk bagi kuliah bagi ganti orang ataupun baca khutbah pada hari Jumaat. Disebabkan itu katanya, hidup dia kembali tenang dan teratur dan amat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya. Yang amat mengagumi apak plak, tiap-tiap tahun katanya 2 kali dia bawak satu famili melancong ke luar negeri di samping tidak pernah gagal membelikan hadiah kepada isterinya setiap ulangtahun perkahwinannya. MasyaAllah…
Sebelum tamat rancangan ada diberikan doa amalan untuk para isteri dan suami dalam mengatasi masalah harian dalam kehidupan berkeluarga. Dia kata bagus sambil diselang-seli dengan pantun yang agak menarik…”Makan strawberi dengan halia, tolong isteri amalan mulia” macam tu la apak ingat-ingat lupa… heheheh
Selain tu apa yang apak dapat simpulkan daripada perbincangan tersebut ialah, segalanya hendaklah melalui niat, kerana niat yang mulia akan diberi rahmat dan dipermudahkan… ia juga mesti diiringi dengan rasa ikhlas dan ikhsan.. yang ini apak tak reti nak ulas lebih sebab rasa macam nak menangis plak sebab selama ni apak rasa apak kurang ikhlas… jadi kena lebih ikhlaskan segala pertolongan yang dicurahkan kerana daripada ikhlas ni akan wujud ikhsan.. yang ihsan tu lupa la apa panel jemputan tu cakap… sebab dah sebak nak menangis time tu…. ekkekekeke
Dan yang paling penting katanya, apa jua keadaannya, nafkah itu wajib diberi kepada isteri. Tak salah jika isteri membantu terutama sekali menambah sumber pendapatan seisi rumah.Apak bukan la surirumah lelaki, tetapi apak rasa apak telah melakukan sesuatu yang lebih sedikit berbanding suami-suami lain di luar sana kerana Mama seorang yang berkerjaya penting. Apak terpaksa korbankan sedikit masa depan apak demi kejayaan Mama, apak bantu sebanyak mungkin dan cuba buat apa yang Mama buat. Macam mana usaha keras pun, apak ni lelaki, tetap tak mampu menandingi apa yang mampu dilakukan oleh setiap wanita di dunia ni.. kecuali wanita yang kuat tido.. ada la orang tu …. kekekeke…..
Selepas tengok rancangan malam tadi, apak akan berusaha sebaik mungkin untuk perbaiki diri sendiri dan membantu apa yang termampu demi kesejahteraan keluarga. Apak akan mencuba jadi yang terbaik.
Akhir rancangan, ustaz dan ustazah tu pesan lagi…. “kalau kiteee.. kalu kitee… kalau kitee….” ahahahah tapi takde tu apak tipuiy je… ekkekeke
“Semoga Jumaat menambah berkat”





selagi kita sedar sumbangan pasangan kita dan menghargainya.. insyallah bahagia.. jangan asik nak mengorban keluarga utk kepentingan diri sendiri
[Reply]
apak cikidong Reply:
March 2nd, 2012 at 2:31 pm
tak pernah rasa camtu.. mintak dijauhkan
[Reply]
Betul tu apak, apa jua yg nak dilakukan, yg penting niat Kita, x luak la kalau Kita tlg isteri, Malah isteri lagi menghargai Dan menyayangi suaminya….
[Reply]
apak cikidong Reply:
March 2nd, 2012 at 2:32 pm
ada caller tu semalam dia seronok dapat suami yang rajin walaupun dia surirumah fulltime, hubby dia lepas balik kerja tetap sibuk kemas2 sampai malam.. macam apak jugak laa hahaahahahaha
[Reply]
jiji Reply:
March 2nd, 2012 at 6:35 pm
aku takyah risau pasal nak masak-masak bagai atau pegi pasar koben selalu takeover.. cuma bab mengemas rumah tu kadang jadi isu sket.. ye laa kan kerja rumah tak surut surut masing-masing kerja.. kena selang selang jugak la.
[Reply]
apak cikidong Reply:
March 8th, 2012 at 2:42 pm
uuu takbley tu.. mcm ne pun kena kemas… kalao tak nanti kau lemasss
[Reply]
pernah jugak topik ni dibincangkan bersama dengan datuk dr fadzilah kamsah di program apa ntah lupa tapi lebih dari nak mengondem la kesimpulannya. tapi yg ni contoh yg baik
tak sempat tengok, teman encik hubby gi hospital. kul 11 lebih br dpt jumpa doc dari kul 9.30 mlm@demc.
[Reply]
apak cikidong Reply:
March 2nd, 2012 at 2:32 pm
ler… awat huby kat sepital? semoga cepat pulih…
[Reply]
terus terbayang jep sepah…ahahhaa
hany tak tengok yg tajuk surirumah lelaki ni,hurmmm hany pun ada mmbe yg surirumah lelaki ni, semoga dia pun jadi mcm ni ameen
[Reply]
apak cikidong Reply:
March 12th, 2012 at 4:25 pm
kawan tu sapa? x boifren kee..
[Reply]