18 Jan
2014

Balik Kampung

IMAG2726
Hujung minggu ni kan cuti panjang, so kami plan habiskan masa hujung minggu ni dengan balik ke kampung. Minggu ni balik Johor dulu… Jumaat plak cuti Thaipusam.. jadi, hunjung minggu yang panjang la kiranya.. Bertolak di pagi Jumaat selepas bersarapan, kenderaan kat highway agak banyak juga.. macam biasa la kalau ikut KLIA tu, exit ke Bandar Bukit Mahkota tu jem skit sampai la ke exit Seremban. Lepas tu clear.. sampai je kat area Pagoh ni aku tengok ada satu bas ni driver dia bawak laju gila.. aku dah pecut dekat 130km/j dai masih laju ke depan dengan terhoyong-hayang dia selamba je.. Sejak dari tempat jammed kat exit Bukit Mahkota tu dia dah nampak dah nak pecut.. Aku cuma berharap dan berdao je la bas ni dengan penumpang tu selamat.
IMAG2730
Dalam jam 2.30pm gitu kot kami terus ke P.Gudang untuk singgah ke rumah sepupu Ecah. Umur sebaya jadi mula-mula sampai tu seronok je tengok main sama-sama.. tak sampai 30 saat kemudian mula berebut-rebut dan akhirnya ada yang taknak mengalah terus jadik gaduh-gaduhan. Sekejap je la.. biasala budak-budak…
IMAG2738
Pada waktu malam, aku keluar ke town Kota tinggi sebab aku nak cari sticker JOHO. semngat kenegerian aku ni.. Tambah-tambah pulak sejak team bola JDT tengah up musim ni dengan player importnya ngan penyokongnya yang berkobar-kobar… Seronok jugak ronda Pasar Karat @ Pasar Malam Kota Tinggi ni.. ada macam-macam barang dijual tapi tidak semeriah sangat la kat tempat-tempat lain, maybe sebab waktu aku datang ni tak ramai yang datang berniaga agaknya.. Akhirnya aku jumpa sticker JOHO yang aku nak dan beli jugak sticker JDT. Bwekk 😛
IMAG2743
Duduk kat kampung ni nyaman dan best. Anak aku pun suka duduk kat sini… rumah luas, dari depan sampai ke belakang boleh lari-larian dan kejar-kejaran pastu lepak kat dapur sambil makan. Tengok ayam, kucing, dengar bunyi kicau burung ditambah pulak desiran daunan yang dialun angin pagi. Tenang rasanya.
IMAG2750
Tiap kali balik Johor, aku memang mintak mak aku masak lauk ni. Gile Kentang! aku penah cerita macam mana aku menyamar jadi tukang masak untuk buat menu ni (link di sini) Macam mana aku cuba masak pun tak boleh lawan rasa yang mak aku masak. Huhuhu.. selalunya nak balik KL aku tapaw semangkuk.
IMAG2757
On the way balik KL, dapat call pulak daripada adik ipar. Dia kata tenga hon the way ke hospital sebab sepupu Ecah terjatuh kat bilik air. Berdarah dagunya sebab terhiris apa tatau… Nasib baik baru nak keluar, so pergi singgah kejap hospital melawat sebelum pulang ke KL. Masuk Highway, amik kauuu jem la kat usual spot. Letih nokkk…

So, what do you think?