11 Jan
2014

Karate 2014

IMAG2710

huiii! ni merupakan kelas karate pertama untuk tahun 2014. Sampai je sekolah terbeliak biji mata 2 saat sebab kelihatan ramai mak ayah yang hantar anak derang untuk kelas karate ni lah. Selalunya hambar je suasana, 4 orang je student termasuk si Adam sejak 2 tahun lepas…

Kelihatan semua ibu bapa tengah bersemangat nak register. Rupa-rupanya majoriti budak tahun satu dan ada jugak beberapa orang yang dah lebih darjah satu join kelas tahun ni. Seronok tengok, environment rasa hidup bila ramai student ni.. Walau macam manapun aku jangkakan suasana ni sementara je.. macam tahun-tahun sudah.. awal-awal ramai je yang register.. time dah masuk upgrade belt/test semua hilang tak continue sebab nak kena bayar yuran yang mahal.. tak semua boleh commit ke arah itu.. ni berdasarkan pemerhatian sejak 2 tahun lepas..

Harapnya kali ni suasana meriah berkekalan hingga ke hujung hari mendatang.

So, what do you think?