7 Jul
2014

Setelah 6 bulan

Sesungguhnya, memang telah lama gila… aku memang malas update.. sebab aku dah takde nafsu nak update. Kira yang ni aku update terus la apa yang jadi selama 6 bulan aku malas update dan malas blogging. Mula-mula sekali, kes kapal terbang MH370 yang hilang tu.. terkejut di pagi sabtu apabila tengok berita kata kapal terbang hilang dari radar. Ingatkan terhempas kat mana-mana..tapi sampai sekarang tak ada.. entah apa jadi kat semua penumpang-penumpang. Tengok-tengok TV ada pulak muka dan wajah yang dikenali di kalangan ahli keluarga mangsa.
mh370
Lepas tu, pertama kali dalam hidup aku menderma darah. Ada event kat opis ni dan ada skali event derma darah. Just cuba la… macam-macam perasaan ada sebelum kena cucuk lengan. Disebabkan perasaan ingin tahu, redah je la kan.. takde la sakit mana… cuma dia amik darah aku separuh daripada orang lain.. mungkin sebab berat dengan tinggi tak meyakinkan agaknya. Lepas abih derma, dapat minum milo dengan makan kek seketul. Nampak tak muka gembira aku tu.. sebab awek dok sebelah… tak pernah berbual pun sejak mula masuk keje.. keji gitu..
dermadarah
Si abang pulak pertama kali masuk tournament karate, dan menang dalam acara berkumpulan. Derang buat persembahan ka-ta berirama la macam gitu pada aku.. simple je semuanya.. tapi perlukan komitmen daripada semua orang. Dapat la satu koleksi piala & sijil. Mungkin berguna nanti utk rekod sekolah.
tounament
Selepas event kick-off, event yang dinantikan aku pun tiba… team-building kat PD. Event 2 hari ni dah lama kompeni plan katanya.. baru tahun ni jadik.. ni kire kali pertama aku join team building seumur hidup aku. Dulu kompeni lama ada buat gak.. tapi ak ux dpt pegi sebab exam master. Alhamdulillah dapat attend event ni, akucbawak keter sendiri datang sini. Ada transport kompeni tapi malas nak ke opis, so terus pegi dengan ditemani seorang rakan.
pd1
Sebenarnya sebelum nak pergi ni ada dugaan. Mama pun outstation ke Penang sehari sebelum aku pergi. Jadi anak-anak ni tak ada orang nak tengokkan. Mujur adik ipar sukarela nak tolong jaga. Dugaan awal pagi aku ialah masa nak bertolak tu.. Ecah tak rela aku pergi tinggal dia.. biaselah dia.. apa-apa mesti nak ikut aku.. Berkat idea dan doa agaknya, pagi tu dia ok la bagi aku pergi, itupun selepas abih duit aku lebih kurang RM20++ pegi beli mainan le aiskrim le pepagi buta kat 7E.
pd2
Sampai je terus ada aktiviti. Agak membosankan sebenarnya, tapi layan aje sebab makan sedap.. lagipun rasa macam tak menarik sebab aku bukan kenal semua orang dalam opis. Jadi rasa macam kekok, ditambah pulak dapat group member yang memang aku tak kenal.. layankan ajelaa… Apapun paling best lepas dapat masuk bilik… heaven aku rasa sebab bilik besar.. ada kolam terbina automatik kat dalam bilik dan nampak laut bawah lantai.. duduk cuma berdua plak tu… Nampak tak keterujaan aku menjerit “Maaaaaaaaak!!!”
pd3
Program team building ni ok la rupanya… banyak aktiviti berkumpulan supaya kita bekerjasama dan berkenal-kenal lebih rapat la terutama sekali macam aku ni orang baru yang pemalu. Ni lah buddy aku kat tempat baru ni.. derang ni la yang mula-mula sekali nak berkawan dengan aku dan support aku kat kompeni ni. Namun begitu kawan-kawan lama aku tetap tak lupa.. cuma environment kat tempat baru ni lebih terbuka dan masing-masing sangat special aku rasa..
pd4Sebelah malam, ada dinner dengan tema 50an-60an. Aku dah berkira-kira nak prepare pakai baju macam mana semua.. at last, aku pakai balik topi masa aku beli kat Melaka lebih kurang 3-4 tahun lepas, baju tu aku dapat masa Mama beli kat Jepun. Mula-mula aku plan pakai tie, skali buddy aku suh pakai bow tie & suspender. Yu sumer dia punya aku tukar pakai. Suspender aku lagi cantik sebenarnya.. tapi macam mana pun aku tetap cute malam tu. ekkekekekekekee..
pd5
Hari last, baru aku berkesempatan nak main kolam… apalaga.. enjoy la berendam sepuas-puasnya.. tak pandai berenang pun, setakat berendam goyang-goyang kaki jer… tapi macam perasan aku dah berisi sikit.. tapi kategory orang tua la kot.. dah macam tak fresh.. tapi tetap cute.. Ahh lupa pulak pasal anak-anak.. petang hari aku bertolak ke PD tu Mama balik, so selamatlah sikit perasaan gelisah pasal anak-anak.. lantak la derang dok ngan mak dia plak. asik aku je dok jaga derang.. ihihihi.. overall aku enjoy, aku have a very good time.. mix around with many staff yang aku tak pernah jumpa, aku enjoy makan… dan banyak jugak yang aku dapat.. hadiah cabutan bertuah plak aku dapat periuk ajaib… hebat periuk ni cuma ia tak boleh membasuh pakaian je.
pd6
Selain tu, antara aktiviti aku sepanjang 6 bulan jadi pemalas update blog ni ialah meronda kawasan persekitaran rumah. Ada satu tempat yang selama ni aku dengar je orang cerita, kali ni aku pergi sendiri.. tempat ini diberi nama Muzium Coklat. Terletak kat kawasan perindustrian Kota Damansara dan percuma jer.. kalo nak coklat kena bayar lah.. tapi memang murah daripada harga coklat kat pasaran. Kat dalam muzium ni ada ruang info pasal coklat dan ada jugak demo macam mana penghasilan coklat. Masa aku datang ni hujan, so aku bergambar ni macam gaya model sebab pegang payung. Kat tepi-tepi tu ramai budak skolah tadika yang tengah beratur nak naik bas sebenarnya..
milk
Ada satu kisah sedih… pengasuh ecah punya husband, kena masuk wad hospital sebab diabetes, kaki dia jadi hitam, bengkak dan takleh jalan.. jadi, pengasuh ecah terpaksa jaga husband dia kat hospital. Aku takde pilihan lain selain mencuba hantar Ecah ke tadika sama dengan abang dia.. memang dia menangis la… aku takleh nak buat apa.. nasib baik ada satu cikgu ni yan gdia nak ikut.. tapi dok berkepit je dengan cikgu tu… sedih tengok dia menangis time nak ditinggal tu.. Sampaikan dah kat rumah pun dia buat perangai, express dia punya ketakutan, sedih, marah ke apa… aku layankan aje la… kesian dengan dia sebab tak biasa dengan orang lain…
cry2
Kalau tengok gambar ni, kesian dan rasa berat hati sangat nak lepaskan dia kat orang lain yang dia tak biasa. Memang akan aku kenang rasa macam ni sampai bila-bila… mujur hanya untuk 2-3 hari je sebab tak lama lepas tu husband pengasuh Ecah dah boleh balik, so dapat la hantar ke dia semula…
cry1
Selain tu ada opening Encorp The Strand so aku amik peluang tengok apa event yang ada.. macam biasa aku suka bergambar kat la kat event-event macam ni tetapi…. hanya dan ketika orang tak ramai.. ekekekekek…. aku kan pemalu…
strand
Kemudian, aku ada bercuti dengan adik-beradik ipar dan mertua kat Melaka. Benda ni dah plan lama.. jadi aku terpaksa la pergi… minum famous coconut shake kat Klebang.. tapi waktu aku sampai ni nasik lemak dah habis…
melaka2
Sampai jugak aku tempat ni.. tatau pun best tapi adik ipar yang heret ke sini…
melaka1
Sebelah malam, aku naik river cruise keliling sungai melaka… gila pemalu walaupun enjoy  dengan bau sungai yang busuk tu… feeling dia macam menaiki bot kat venice Italy. Cuma tak berapa happening sebab event yang grand terpaksa dibatalkan atas sebab kemangkatan Sultan Azlan Shah.
melaka3Selepas checkout, aku terus balik Johor untuk hadirkan diri ke majlis pertunangan adik bongsu aku yang kembar. Majlis yang ringkas dan harap semua perancangan menjadi pada masa akan datang. InsyaAllah.
tunang
Balik je dari Melaka & Johor sempena bercuti dan majlis tunang adik aku, kena prepare pulak mentally & physically sebab Mama kena pegi Jepun lagi untuk seminggu. Biar gambar je yang berkata-kata.. letih makkk…
japan
Kemudian aku ada kena outstation jugak.. ecehhh selama ni aku dengar je orang sibuk outstation bagai… kali ni giliran aku…. jauh tuuu… gi penang okkk…. nyaris-nyaris aku tak pergi sebab terjaga lewat… kelam kabut jugak la flight kul 8 pagi, aku siap-siap hantar anak semua then kena patah balik ke Subang Airport.. nasib baik jalan tak berapa jem sbab cuti sekolah… landed je kat penang, bos aku terus bawak gi makan nasik kandar yasmeen kat sebelah nasi kandar line clear ni. Merasa la jugak aku sampai kat sini.. First time aku sampai Penang town ni & makan nasi kandar kat sini.. kire ok la sebab awal pagi lagi dah mentekedarah nasik..
penang
Then time boring aku bawak anak-anak meronda kat Encorp The Strand lagi nak tengok apa yang ada… disebabkan orang tak ramai lagi kat sini aku bergambar lagi la… menarik kann…
strand2Kemudian ada training on Grooming Skills aku kena pergi… 2 hari plak tu… syok jugak la training ni.. makan je lebih, selain tu ada banyak info tentang tatacara makan, berpakaian, etika lain yang sepatutnya aku follow kat opis.. banyak menda yang aku belajar… dan paling best aku dapat melaram sebagai CEO. Aku gile kuasa dan gile bergaya sampaikan trainer tu panggil aku Mr. Manager padahal aku ni kuli je… hehehehheeee….
ceoKemudian si abang demam, kena bawak pegi specialist sebab demam dia melarat.. siap ambik darah bagai… Alhamdulillah dia tak ada demam denggi semua tetapi.. selepas buat cek darah, doktor bagitau yang si abang ni pembawa Talasemia. Mmm… sepanjang yang aku tahu, keluarga belah aku memang takde yang ade penyakit ni, tapi info yang aku tau, setiap orang memang ada sikit mende ni..tataulah.. sila buat research..

demamBeberapa minggu lepas, aku balik kampung sorang sebab pakcik aku meninggal dalam kemalangan motosikal. Aku tak sempat jumpa buat kali terkahir.. sebab semua dah diuruskan awal pagi, aku plak sampai lambat dah almost tengah hari. Macam mana pun sempat la jumpa sepupu sepapat dan keluarganya untuk menyampaikan takziah.

lheng

Itu je la update aku selama 6 bulan… banyak makan, berjalan, jaga anak, kerja dan paling best dan banyak sekali ialah kena tinggal…

Tak lupa juga ucapan selamat berpuasa untuk semua… bluwekkk 😛

2 Comments

  • punyalah lama tak apdet..patutlah kita lama tak jenguk sini…kihkihkih…sekejapnya dah besar anak2 apak…cerita pon boleh tahan banyaknya… selamat berpuasa apak. 🙂

  • akhirnya apak hapdet.hehehe eh ade hulk la..hehe itu yg blakang lak hany nampak yg depan xnampak 😉

So, what do you think?