31 Dec
2016

2016 – A year in review.

As salam… dan selamat sejahtera… lama gila tak menulis dan update blog. Entah kenapa sejak wujud macam-macam ‘social apps’ yang melambak-lambak ni, tenaga dan semangat nak menaip ni dah berkurangan… semua nak main ‘klik’ je kan.. pastu tengok je.. paling cepat sekali nak launch contohnya Instagram la.. Facebook pun ade.. twitter pun ade tapi macam dah kurang tengok..

Oklah.. mukadimah yang tak berapa segar.. nak update kisah hidup setahun terus… semuanya pasal travel je lah..sebab nak cerita hal harian.. x dapek la nak menaip banyak2.. semua update dalam bentuk gambar je.. Instagram le tuuu…

Awal tahun lepas, dapat peluang pergi ke Osaka Japan. At first, takde rasa nak pergi pun, tapi sebab Dayang yang belikan tiket, maka terpaksa follow la walaupun berat hati nak tinggalkan anak-anak. Dayang dah pergi dulu sebab urusan kerja. Apak yang masih belum pergi lagi masa tu buat chill je macam takde apa.. dah dekat-dekat tarikh nak pergi baru kelam kabut cari beberapa barang macam baju sejuk, glove, cap and tukar duit.

Ringgit to Yen

Masa tu duit masih tukar ke Yen masih ok lagi.. rm1 ~ Y36.00. itupun kire sikit dapat sebab masa tu kalau tukar awal 2 minggu sebelum pergi, lagi banyak dapat. Alah x kisah sangat pun, sebab apak pergi cuma 2 hari satu malam je.. just want to be there for a while amik Dayang balik. Tak sanggup tinggal anak-anak lama-lama.

Layan lagu or tengok movie during the flight

Apak bertolak dari KLIA hari Jumaat malam.. Keje half day aritu.. then siap2 gerak ke KLIA pukul 6 ptg. Dah le hujan.. pastu orang nak balik keje plak tu… jem la jugak.. tapi flight kul 1 pagi.. so biar sampai awal sebab ni first time nak cop kat passport. Naik teksi dari rumah pulak, dapat driver terlampau peramah.. layan ajela dia cakap… semua dia nak cerita..

Sampai airport memang teruja.. sebab kali pertama nak lalu kat international departure tu.. bersendirian pulak tu… lepas check in, berlegar-legar kejap, then trus pergi boarding. Pusing-pusing kat situ tengok-tengok barang-barang ngan makan. Lain macam seram dia punya feel. dalam kul 11.30mlm, terus ke boarding room. Dalam tu tak ramai orang Melayu pun. Ada satu family, dengan ade sorang brader ni sorang jugak.. badan besar, pastu dia sembang-sembang telepon kuat gila.. bila dia gelak-gelak, orang jepun yang ada dalam tu ikut gelak skali ntah kenapa.. Dalam sejam lepas tu, baru dapat masuk flight. Lepas duduk, dia bagi headphone dengan selimut. Dia bagi makan juga time tu and suruh isi form untuk beri pada kastam time landing nanti.

Selfie atas bridge Rinku Premium Outlet

Dalam penerbangan yang panjang tu, susah nak lelap rupanya.. sejuk yang amat melampau patut la dia bagi selimut. Ada bukak movie kejap pastu ngantuk jugak.. tidur la kejap.. tau2 je dah atas laut… seram jugak oih.. berdoa tak henti.. Namun akhirnya landed jugak la dalam kul 7pagi gitu… nampak jugak la laut dan darat sebelum landing tu. Oh yer.. apak turun kat Airport Kansai – Airport atas laut. Lepas Check imigrisen and kastam, apak ikut je orang-orang ni ke mana.. naik train ke ke terminal semua tu main follow je.. and then lepas sampai terminal, apak ronda-ronda cari toilet. Amik gambar semua lepas tu pergi cari surau sebab Dayang masih dalam perjalanan ke Kansai. Sempat la selfie dalam toilet, dalam surau ngan kedai-kedai kat situ.

Lepas Dayang sampai, dia bawak apak keluar dari terminal untuk pergi hotel. Dia punya sejuk and bau udara kat situ sangat best. Jakun skejap and then Dayang yang beli tiket and tanya orang macam mana nak pegi hotel tu. Apak stay kat Star Gate Hotel Kansai, dekat je dengan terminal and sebelah Rinku Town. Sampai je kat hotel, tak boleh check-in lagi so simpan dulu barang and daftar dulu. Lepas tu apak jalan kaki ke Rinku Premium Outlet. Selfie la kejap sambil menahan kesakitan kaki and lenguh berjalan.

Selfie dengan Glico Man

Kemudian, selepas window shopping kat Rinku Premium Outlet tu, pergi makan kejap… makan waffle je ngan kopi.. sebab terlampau sejuk.. abis je isi perut, sambung jalan kaki dan cari train ke Osaka. Dalam sejam, dalam train, sampai la jugak kat sana… sempat singgah Lucua shopping complex, Osaka terminal dan lepas tu sesi berjalan kaki sampai cramp diteruskan.. Seminggu sebelum flight, apak dah servey ka instagram tempat-tempat menarik nak berselfie. Salah satunya ni la yang ada gambar Glico Man berlari ni… Nama tempat ni Shinshaibashi-Suji. Generasi sekarang ni rasanya tak berapa aware dengan Glico Man ni.. rasanya la.. sebab masa apak kecik2 lagi Glico Man ni dah di ‘expose’ dalam kehidupan seharian.. Cuma lama-lama ia dah makin senyap..

Waktu ni sejuk ooo … sangat sejuk dan ramai orang jalan-jalan kat sini.. tapi apak tak jumpa pun Melayu kat sini. Kebanyakannya orang-orang tempatan. Lepak kejap tepi sungai tu.. sambil memerhati pelancong-pelancong naik cruise boat. Kemudian apak pergi Hard Rock Cafe Osaka.. beli T-shirt untuk souvenir.

Pemandangan dari bilik hotel – Kansai Airport di seberang sana

Pemandangan dari bilik hotel – Rinku Premium Outlet

Lepas tu dah rasa penat sangat… dan puas window shopping.. balik la semula ke Hotel. Waktu tu baru jam 5 ptg tapi dah gelap macam maghrib kat Malaysia. Sampai kat hotel dalam jam 7 atau 8 macam tu.. Gelap dah macam kul 10 malam. Ada hujan renyai-renyai sikit tapi x ada salji. Masa naik train tu, apak beriya-iya je pegang tali or sandar kat dinding sebab takut terjatuh melayang kalau train belok meliang-liuk…. tapi… orang jepun ni.. daripada budak kecik sampai la orang tua.. derang diri selamba je tapi tak jatuh… tak payah pegang apa-apa pun.. 😀

All in one picture- Yatta!

Bila duduk je kejap kat kerusi hotel, baru perasan… dah almost 24 jam x mandi.. seharian berjalan tapi takde bau bucuk macam pon.. suba buat macam ni kat Malaysia.. confirm! semut pun akan lari.. hihihi… apa pun.. Alhamdulillah.. akhirnya impian untuk pijak tanah negara orang tercapai walaupun dalam masa yang teramat singkat. Memang ada azam yang kuat untuk datang balik ke sini.. dan nak bawak anak-anak semua skali.

Short trip to Melaka.

Wefie depan A-Famosa

Dah lama teringin nak berjalan-jalan keliling Bandaraya Melaka ni. Selalunya ada singgah ke sini, tapi cuma pergi beli barang je kat Ayer Keroh. Adik pun ada duduk kat Melaka dan kadang-kadang ada singgah kat rumah dia kejap. Kali ni balik dari Johor, terus book hotel dan stay one night. Most hotel yang best-best dah penuh sebab lambat book tapi ada juga rezeki dapat la satu hotel ni yang kira ok laaa… just lepak-lepak santai.. matlamat utama nak pegi tempat-tempat tumpuan.

Acoustic Live show

Kalau masuk ke dalam A-Famosa ni ada orang nyanyi & jual barang-barang souvenir. Masa ni sampai awal pagi lagi.. orang pun tak berapa ramai.. lepas puas-puas amik gambar kat depan, dapat la peluang nak bergambar.. sambil hulur sikit derma ikhlas..

Panjat bukit ada kubur

One of Memorial tomb kat dalam gereja ni

Selepas tu, jalan pelan-pelan naik bukit St. Paul. Ia merupakan salah sebuah bangunan bersejarah kat Melaka yang dibina pada tahun 1521. Ia merupakan sebuah gereja lama. Ada banyak kubur kat dalam ni. Penat tau naik bukit ni. Jalan-jalan sikit keliling atas ni.. sambil melihat pemandangan dari atas bukit yang menghadap jauh nun ke laut.. terasa aman dengan hembusan angin.. sesekali tengok jugak gelagat pelancong luar dan orang kita yang datang melawat..

Semua dalam satu gambar

Lawatan ke Melaka ni merupakan satu perjalan singkat yang agak ‘refreshing’ kerana dapat melihat tempat-tempat bersejarah tumpuan pelancong dan bersantai bersama keluarga. Lagi satu sebab dah lama pasang impian nak berjalan seharian kat sini. Seronok laa…. cuma Melaka ni kan kecik, nak berjalan ke sana sini dengan kereta agak jammed skit.

 

Jalan-jalan di I-City Shah Alam

Suatu malam di I-City

Malam hujung minggu (Jumaat) akan terasa panjang dan bosan kalau tak ada aktiviti. Disebabkan terlalu rasa ingin keluar ambil angin dan tak jauh sangat, apak bawak budak-budak ni ke I-City Shah Alam. Dah bertahun duduk Selangor/KL ni tapi tak pernah sekali pun menyinggah sini. Jalan nak masuk tu agak jammed sikit and apabila dah masuk ke dalam pulak, nak cari parking susah. Malam minggu plak tu jadi ramai la orang datang. Boleh nampak juga orang yang luar dari KL ni datang.

I-City ni best.. tapi.. nak masuk ke setiap tempat-tempat tu kena bayar.. mahal plak tu… kalau yang tak bawak banyak duit.. memang dok tengok je la… bagi yang berkemampuan ni pun pikir 2-3 kali.. lagi bagus kalau servey dulu sebelum datang sebab ada pakej harga untuk enjoy apa yang ada kat sini.. boleh tengok kat website dia la..

 

Night Safari – Taiping

Musim cuti sekolah ni, aktiviti utama ialah bawak family balik kampung atau berjalan-jalan. Cuti sekolah kali ni, ambik extra cuti jugak daripada bekerja untuk luang masa dengan anak-anak & family. Lepas balik kampung di Kedah, singgah semalam di Taiping untuk menikmati pemandangan Zoo pada waktu malam. Ini kali pertama datang sini.. dan nak enjoy suasana masuk zoo waktu malam. Sebelum ni dah ronda-ronda Zoo Negara KL dengan anak-anak time siang..

tiket masuk

Kami stay kat Legend Inn Taiping. Macam boutique hotel je.. xde kolam renang.. just untuk stay bermalam. Lpeas check-in, kemas-kemas sikit, then siap-siap keluar waktu malam untuk ke zoo. On Waze je.. dekat je rupanya… tak sampai 20 minit dah sampai Zoo Taiping. Beli tiket dan beratur…

Zoo Taiping Entrance

Waktu sampai sini, orang baru mula nak berpusu-pusu masuk. Keadaan sedikit meriah dengan kelihatan beberapa keluarga dengan member berkumpul, bersembang dan beratur membeli tiket. Tak ketinggalan jugak ada kanak-kanak yang tetinggal kat luar sebab parents dah masuk dalam. Suspen! tapi akhirnya jumpa parents dia.

Tram too Bosan

Lepas beli tiket, kami pun masuk la ke dalam dan beratur pulak untuk naik Tram. Jam dah lebih kul 8 malam dan orang dah ramai beratur nak naik tram tetapi…. Tram ada berapa je yang gerak… memang bosan tunggu ni sebab panas… dengan budak-budak kecik menangis lagi.. bau-bauan haruman badan lagi.. haa rasain… tapi.. bila dah naik tram tu.. hilang dah smua perasaan marah/kecewa bagai tu.. then dapat la ronda-ronda keliling zoo tu dalam keadaan gelap… driver tu buat kerja 2 skali sbb dia terangkan sekali kat penumpang tram ni kat mana lokasi, haiwan apa.. dan sedikit info.. tapi gelap dooo mana nampak ape.. ada la 2-3 ekor binatang yang nampak… nasib baik ada penumpang ni bawak torchlight… mungkin dia dah pernah datang kot… overall.. enjoy la jugak.. cuma tengah malam, binatang x nampak pun..

Breakfast Bihun sup kat Taiping

Esok pagi, awal-awal bangun siap-siap nak pergi breakfast. Tak amik breakfast kat hotel. Jalan skit depan hotel tu ada gerai makanan “Wakaf”. Orang sini breakfast dengan makan bihun sup.. macam-macam jenis ada dan murah… nak melintas jalan pun cool je.. siap buleh menari2 lagi sebab orang2 sini mmg cool. Ehhehhehe

 

Colmar Tropicale – Berjaya Hills

  • a French-Themed Resort

Jalan-jalan kat sini just a qick getaway dan tak plan langsung nak ke sini. Dah lama teringin nak ke sini.. akhirnya sampai jugaklah ke tempat yang diidamkan ni. Dari KL tak la jauh sangat pun.. ikut Highway KL-Gua Musang dalam sejam je dah sampai. First time sampai ni.. teruja banyak.. rasa macam kat oversea.. lepas check in, kemas-kemas sikit lepas tu turun jalan2… Bilik pun ok.. luas…

Kitchen

Main Hall

Main Hall – window

Orang Utan

Colmar Tropicale

Kat sini sightseeing memang sangat superb. Teruja sangat lah katakan… kebanyakan yang datang sini just jalan-jalan je.. tak ramai yang stay bermalam kat hotel. View memang sangat best.. ambik gambar la apalagaaa….

The Walk-Colmar Tropicale

Ni kawasan laluan kat belah dalam.. memang best suasana kat sini terasa macam kat luar dari Malaysia. Maklumlah jarang pergi oversea..  kanan kiri ade kedai makan… kedai runcit pun ada… jadi tak ada masalah sangat kalau nak cari kedai. Cuma harga agak mahal lah… maklumlah… faktor geografi dan logistik.

Bergambar di atas jambatan

Memang kat semua celah tempat kat sini sesuai untuk bergambar. Seronok weyy!! Hahaha..

Gambar dengan Swan

Swan ni angsa ke? aku pun confuse. Kalau kat kampung pun ada angsa tapi.. ia takla berapa hensem.. muka garang dan suka kejar orang tanpa sebab. Swan ni jinak.. boleh pegang2 lagi kepala dia.. Try la datang sini tengok.. InsyaAllah tak kena H1N1… insyaAllah… Swan ni ada kat kolam kecik bawah jambatan entrance tu.. ade yang itam dan ade yang putih. Terasa macam berada dalam filem yang ade princess-princess tu kihkihkih…

Japanese Village

Selepas breakfast the next day, cepat2 check out sebab nak pergi jalan2 keliling sini dulu seblum balik. Awal-awal ni cuaca best tak panas sangat… Destinasi pertama ialah pergi Japanese Village.

Located 3,500 feet above sea level, the Japanese Village is the first of its kind outside Japan. The garden was designed by renowned Japanese architect, Kaio Ariizumi and built by a team of 22 skilled craftsmen from Japan. A tranquil and relaxing retreat, this garden is enclosed within a lush tropical rainforest and features attractions such as Japanese Tea House, Tatami Spa, Botanical Garden, Ryo Zan Tei Japanese Restaurant and Ume Tatami Suite. Guest can choose to participate in the Tea Ceremony (4 sessions daily) where one will learn a little more about the Japanese culture or to rent a kimono for a picture or two.

Entrance

Penat wooo panjat bukit ni.. daripada tempat parking satu hal nak naik bukit.. dah sampai bukit kat entrance tu kena naik lagi bukit… ambekk… semput..

comel rusa ni

Lepas turun dari Japanese Village, pergi pulak ke Mini Animal Park… kena bayar skit, then beli dedak 2-3 plastik untuk bagi makan kat rusa, arnab dan lain-lain..

A fun-filled family day begins at the mini animal park. The Mini Animal Park houses over 200 adult and baby rabbits from various breed. There is also a deer sanctuary, where the highlight is the spotted deer from Holland and Timorensis Deers from Sulawesi, Indonesia. Rides on donkeys are also offered in the animal park for the children and a new pair of peacock also adds to the attraction. Facilities on site include a small outdoor playground and indoor playpen, restrooms and snacks & beverages for the visitors.

Tak tau kenapa dia nak cium aku

Lepas lepak-lepak kat sini, lunch kejap then terus balik KL. Indah.

 

KL Bird Park.

Sebenarnya pergi sini dulu sebelum bertolak ke Colmar Tropicale. Awal pagi lepas breakfast kat Nasi Lemak Tanglin, singgah sini… budak-budak suka la kan… disebabkan sampai awal pagi.. jadi tak le berapa ramai orang… Masuk sini kena bayar.. utk yg ada mykad/mykid harga dia RM27/RM13 sahaja. Buka setiap hari so xde masalah kalau nak datang selalu.. dating la ok…

Selfie dulu kat first entrance

Awas ye jalan kat sini sebab taik burung bersepah… kalao nasib dapat yang fresh from air.. jatuh dari langit punya disebabkan burung-burung kat sini bebas berterbangan dan sangat bising di sesetengah tempat.

Burung ni degil.

Sepanjang laluan kat sini, akan nampak burung bebas berkeliaran… namun jangan anggap mereka ni mudah di dekati.. tengok buleh.. derang bijak macam burung putih dalam gambar ni.. degil.. dah le jalan slow, kita nak pegang dia, dia buleh jalan slow2 gerak jauh-jauh… sebab tu panggil dia burung degil.

Kembang mekar

Kat kawasan ni jugak akan ada banyak burung merak. kat mana-mana ada saja dia bebas berjalan.. ada jugak burung lain… cuma tak ambik gambar derang semua..  kalau letak gambar derang kat sini rugi la nanti korang tak pegi dah sini.. tengok gambar je..

Joe Jambul

Burung jambul ni susah nak nampak… nasib je jumpa sebab dia pun berkeliaran macam burung-burung lain… tatau nama dia apa so panggil dia joe jambul.

Nampak berani sebenarnya cuak

Kat sini ade jugak orang buat bisnes.. bisnes bergambar dengan burung la… ni salah sekor burung tu.. mulut bising.. boleh tahan jugak.. takut dia patuk sebenarnya… kalo kena ko.. koyak tulang… kat area sini ade banyak juga kedai dan bilik pameran.. jadi tak perlu risau kalau nk cari air ke.. nak berehat kejap ke… nak melepak pun buleh… ada taman permainan kanak-kanak.. dan yang paling best ada pertunjukan burung… jangan ingat burung lain yer…  hehehehe

 

Aquaria KLCC

Ikan piranha kat entrance

Ini merupakan kali ketiga pergi melawat Aquaria KLCC ni. Mula-mula pergi masa anak sorang.. yang latest ni kemudian lah lepas anak 2 orang bini sorang. Masih tak ada banyak perubahan. Ada la sikit-sikit kalau ikutkan memori yang tertanam ni. Sebelah kaunter tiket ni ade aquarium ikan piranha. TIket untuk dewasa/kanak2 dengan mykad/mykid ialah RM46/RM35. Selepas nampak ikan piranha ni ade Gene Pool di mana haiwan-haiwan laut yang kecil di letak kat sini. Contohnya gamat, belangkas, tapak sulaiman.

The Aquaria KLCC is an oceanarium located beneath Kuala Lumpur Convention Centre within Kuala Lumpur City Centre in Kuala Lumpur, Malaysia.

Cermin sfera ajaib

Selepas itu, akan lalu kat kawasan yang dinamakan “The Stream”. Kat sini ada 2 ekor Otter yang sangat manja dan comel berkeliaran dalam tu… budak-budak pulak boleh masuk dalam cermin sfera yang nampak macam dalam kolam.

Ikan lembu. Nsem

Jalan ke depan lagi, akan nampak kolam yang penuh dengan hidupan laut yang lain.. Ade macam-macam jenis rupa bentuk ikan. Yang hensem, yang kacak, yang macam lembu pun ade…

moving floor travelator

Part yang paling best ialah apabila masuk kat area “Oceanarium”. Ibarat berada di dalam laut, kita akan nampak secara kasarnya seolah-olah kita bersama-sama species laut ni berenang-renang dalam air.

Bukan Kekura yer.

Ade orang dalam tu tengah menyelam

Ikan jerung nampak ganas

Macam familiar.. macam selar kuning tapi bukan

Ikan pari.. ni bukan muka dia yer..

Ade giant kurita. Sahabat.

Then bila dah abis ronda area tu, kita dah sampai ke penghujung. Masa pergi ni nasib baik skit sebab dia letak sotong kurita. besar gile. Bergerak-gerak dia nak kacau orang yang pergi dekat cermin.

Kuda laut yang comel

Dekat-dekat nak sampai pintu keluar tu ada tiub kecik-kecik dia letak binatang yang kecik-kecik macam kuda laut ni.. ada obor-obor.. derang bela rupanya…

Ni kat exit.. bukan entrance

Apabila dah sampai hujung, jangan berenti kat tempat jual souvenir tu.. mesti ade benda nak kena beli kalau dah lalu. terus je jalan laju..

 

Penang

Destinasi percutian terakhir dalam tahun ni ialah kat Penang. Kami stay satu malam kat Bayview Beach Resort. Hotel yang boleh dikatakan terletak kat hujuuuung Batu Feringghi.. berdekatan dengan Hard Rock Hotel Penang. Hotel ni boleh dikatakan best.. cantik, parking pun agak mudah.. yang paling best kalau masuk lobby ni, akan nampak lift yang transparent cerminnya.. lobby luas besar… cuma kalau datang time orang check-in/check-out, agak stress skit sebab akan ada banyak kereta kat area lobby. Overall, just a nice place to relax and chill with your family. Nak cari makan pun senang… ade banyak kedai runcit, kedai makan kat luar hotel.

Katil kat dalam bilik

Kaki ni patut kena urut skit..

Bulu kaki

Selepas check-in terus lepak kat balkoni.. amik mood dan pemandangan. Selepas Asar, terus turun bawah.. sebab budak-budak ni sibuk la nak mandi kolam.. bagi derang seronok-seronok then kita ke pantai sebentar.. amik mood untuk esok pagi…

Geng Bikers Kental

Lepas maghrib, pergi cari makan and then pergi jalan-jalan kat market tepi jalan tu.. ada macam-macam barang dia jual tapi macam biaselah.. barang-barang yang macam jual kat Uptown/Downtown tu.. buleh la beli 2-3 barang as souvenir anak-anak. Waktu window shopping ni terdengar bunyi motor besar vroom vroom vroom… Nak pergi Hard Rock Hotel la tu agaknya…

Main pasir @ pasiaq apa

Esok pagi selepas breakfast, terus ke pantai.. nak main pasir nak main air laut.. Bagi je la budak-budak experience main pasir ni. Dulu-dulu masa zaman kecik-kecik, kite ni x de hal nak main kat pantai.. main air sungai dan sebagainya.. ain tanah kotor2 pun dah selalu… budak2 zaman sekarang ni susah skit terutama yang duduk bandar macam saya ni…

Naik kuda

Kat tepi pantai ni ada orang bawak kuda untuk pengunjung mencuba menunggang kuda. Bukan la tunggang pun.. naik duk belakang and ada penjaga tu bawak jalan pusing satu pantai.. pusing seround je.. kena bayar tau.. bukan percuma..

Konon-konon kuda sendiri

Kuda ni pun merupakan kuda pencen.. kuda lumba yang dah tak boleh berlumba.. ni info yang diberi oleh penjaga tu… sebab tu dia jinak.. Kita ni jarang-jarang dapat duduk dekat dengan kuda.. sesekali dapat peluang macam ni memang rasa teruja banyakkk… lain je dia punya senyum…

Entopia

Selepas chekout, dan sebelum bertolak balik ke kl, singgah sekejap di Entopia.

Entopia, a tropical sanctuary for our planet’s little denizens from those that fly freely in the sky to the ones that creep stealthily beneath the ground.

Journey into a magical paradise that honours the unsung heroes of our natural world with plenty to discover from outdoor adventures to cavernous mysteries and a multi-storey Indoor Discovery Centre. Live the moment with exciting interactive workshops and activities. There’s something for everyone.

Periuk + kera

Kalau bagi mereka yang mencintai keindahan alam flora dan fauna, this is one of the best place to be visited.  Actually kat sini ada taman rama-rama.. jadi, kalau sampai ke sini, akan bersemuka jua dengan serangga-serangga lain yang seangkatan dengannya.

Belalang kunyit

Antara spesis rama-rama

Sebenarnya ada banyak area yang ditempatkan di dalamnya serangga-serangga yang biasa ada kat dalam hutan kat sini. Tak ambil semua gambar pulak sebab seronok jalan-jalan. Tempat yang paling best sekali ialah tempat rama-rama la.. Ada banyak info boleh dapat mengenai macam mana kitaran hidup seekor rama-rama sejak dari larva hinggalah menjadi rama-rama dewasa.

Nasi Kandar Line Clear

Tak lupa juga menyinggah dia Nasi Kandar Line Clear – tempat makan yang tak asing lagi kalau sampai Penang ni. Macam biasa…. beratur panjang la baq hangg… demi memenuhi kehendak mereka yang teringin nak makan ni, kuturutkan jua walaupun aku tak rela…
MRT

di dalam MRT

Last sekali di hujung tahun ni apak bawak budak-budak ni naik MRT sebab masa tu baru launch dan senyum tak perlu bayar apa-apa.. seronok la budak-budak ni sebab bukan jarang sekali bawak derang ni naik MRT ke… LRT ke.. komuter ke kalau nak pergi jalan-jalan…

Itulah aktiviti secara am dan keseluruhannya sepanjang tahun 2016. Dulu-dulu rajin menulis dan kini rasanya nak kembali menulis walaupun xde faedahnya…

Selamat Tahun Baru!

1 Comment

  • Panjang bebenor ye cerita 2016, syiok jalan-jalan cari makan ?

So, what do you think?