About Cikidong

Cikidong adalah nama gelaran yang apak berikan sendiri untuk anak lelaki apak ketika mula-mula berblog (cikidong.blogspot.com). Lahirnya perkataan Cikidong adalah apabila apak terkenangkan sebuah lagu yang pada masa itu apak masih lagi di zaman kanak-kanak. Macam mana pun apak tak boleh cuba nak ingat lagu tu, cuma ingat masa chorus je.. Rupa-rupanya lagu tajuk lagu tu adalah Cibidi Bang Bang nyanyian Norazia Ali. Klik sini untuk download lagu ni.

Cikidong merupakan blog peribadi yang menceritakan perjalanan kehidupan anak-anak apak hari ke hari secara amnya.  Apak hanya ingin berkongsi pengalaman segala ilmu  parenting dari perspektif seorang ayah. Sekiranya ada pihak yang terasa hati, tersinggung dan terhantuk,  Cikidong memohon ampun dan maaf. Blog ini adalah blog anak-anak apak, keluarga apak dan perjalanan hidup kami yang tidak seberapa. Cikidong tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pihak yang menggunakan kandungan intipati dari blog ini, sama ada untuk kegunaan peribadi ataupun umum.

Akhir sekali,

This is my script page, my opinion, my expression and my dedication to ‘Cikidong’ – My adorable son and beautiful ‘Adik’. You are about to share my journey. Welcome!

1,2,3!